Inovasi Dunia Cantik - Glam Malaysia

Inovasi Dunia Cantik

Semakin hari semakin canggih teknologi yang dicipta. Mari lihat apakah perkembangan teknologi terkini yang melanda dunia kecantikan kini.
 
Dari bahan kandungan dalam pati krim kecantikan hinggalah ke beauty tools, semuanya lebih maju berbanding dahulu. Pakar kecantikan kini sudah tahu bagaimana cara untuk memberi kepuasan apabila ‘menjual’ produk kepada pengguna dan para obsesi kecantikan di seluruh dunia.
 
Pernahkah anda terfikir kita tidak perlu lagi bersusah-payah mencuci solekan dengan pembersih muka atau penanggal solekan tetapi cukup sekadar menggunakan tuala dan air? Kulit wajah akan bersih serta-merta.
Segalanya tidak mustahil kini kerana pelbagai produk tampil dengan inovasi terkini seiring dengan pembangunan pesat dunia yang mahu menjadi lebih canggih menjelang era 2020 nanti.
 
Dan bagaimana pula dengan inti pati yang digunakan dalam krim kecantikan? Ada yang masih mengekalkan bahan premium serta signature tertentu dalam krim mereka kerana percaya ia sememangnya memberi impak yang besar pada pengguna setia mereka. Namun usaha itu tidak terhenti di situ sahaja kerana dalam pada itu mereka memikirkan bagaimana dan di mana untuk mencari lagi bahan-bahan terbaik untuk digunakan dalam produk mereka.
 
Sementara itu, pakar saintis dunia kecantikan mengembara ke seluruh pelusuk dunia mencari bahan inti pati yang cukup bernilai malah belum dijumpai para pesaing lain lantas mencipta suatu inovasi baru dan menuntut produk mereka sebagai produk eksklusif. Ya, ternyata kini fenomena ini membuatkan dunia kecantikan lebih berdaya saing dan bertungkus-lumus mengeluarkan produk-produk terbaik.
 
Troy Surrat, antara pakar inovasi kecantikan yang berjaya malah dilabel sebagai pakar inovasi kecantikan terbaik pada 2015 oleh sebuah laman sesawang kecantikan antarabangsa. Dia adalah jurusolek yang memiliki visi dan begitu mencintai dunia kecantikan dan kini telah menjadi contoh terbaik kerana menghasilkan produk-produk berkualiti di bawah labelnya sendiri. Bukan sekadar ‘menjual’, malah dia turut memastikan setiap apa yang diciptanya berkualiti dan berkelas tinggi.
 
Berbicara daripada aspek bahan pembuatannya, negara Korea kini antara negara yang berkembang maju terutama sekali dalam ekonomi industri kecantikan dan sering hadir dengan bahan-bahan baru yang kadang-kala boleh dianggap pelik, namun ianya telah dikaji dan mampu memberi impak besar pada dunia kecantikan. Antara inti pati yang baru diteroka adalah racun ular, minyak kuda, plasenta tumbuhan, lendir siput serta krim keju. Kajian menunjukkan kesemuanya mampu membantu mengembalikan keremajaan wajah dan kulit akan lebih berseri.
 
GLAM senaraikan beberapa produk yang mengikuti perkembangan teknologi terkini:
 
[soliloquy id=”53236″]

See also
Kempen Zayn Malik x Versus Versace Turut Dibintangi Seorang Hadid