Hailey Baldwin dan Taylor Hill Untuk L'Oréal Professionnel 2017 - Glam Malaysia

Hailey Baldwin dan Taylor Hill Untuk L’Oréal Professionnel 2017

Foto: Instagram/lorealpro

L’Oréal Professionnel telah mengumumkan dua orang model yang terkenal di laman sosial media (selain Kendall Jenner, Gigi dan Bella Hadid of course) sebagai muka baru dan juga jurucakap untuk jenama tersebut melalui sebuah video.

 


 

Hailey sendiri mengumumkan berita gembira ini di akaun Instagramnya yang menunjukkan sekeping foto dia bergaya di depan kamera dengan latar belakang hitam. Beberapa sumber turut menyatakan bahawa Hailey merupakan inspirasi untuk It Look Musim Bunga dan Luruh oleh Vanessa Bruno bersama L’Oréal Professionnel yang bakal menampilkan 24 rona warna berbeza untuk rangkaian INOA.

 

“Ianya mengagumkan hanya dengan warna rambut yang baru segalanya boleh berubah. Saya rasakan perkara itu juga memberikan efek kepada  mood saya. Dengan warna rambut profeisonal INOA oleh Vanessa Bruno saya rasa seperti Hailey yang lain!” terang Hailey dalam satu kenyataan.

See also
Peter Copping Letak Jawatan Sebagai Pengarah Kreatif Oscar de la Renta.

 

Seorang lagi model muda yang telah terpilih untuk menjadi jurucakap L’Oréal Professionnel adalah Taylor Hill yang baru sahaja memperagakan pakaian dalam Victoria’s Secret tahun lalu.

 


 

Taylor juga mengongsikan sekeping foto di Instagramnya untuk membuat pengumuman kepada pengikut-pengikutnya.

 

Taylor bakal memainkan peranan besar sebagai duta untuk pelancaran semula rangkaian L’Oréal Professionnel yang terkenal: Série Expert dan juga Majirel Color Correction.

 

“Saya merasa sangat bertuah dan sangat berbangga untuk menjadi duta kepada L’Oréal Professionnel. Rambut merupakan aspek penting dalam kerjaya saya, jadi saya perlu menjaganya dengan baik. Dengan L’Oréal Professionnel saya tahu rambut saya akan sentiasa kelihatan cantik, bersinar dan sihat ibarat saya baru sahaja keluar daripada sebuah salon!” kata Taylor dalam satu kenyataan baru-baru ini.

See also
Aksi Comel Puteri Charlotte