Gincu Terbaru Benefit Membantu Anda Mendapatkan Bibir Yang Mungil - Glam Malaysia

Gincu Terbaru Benefit Membantu Anda Mendapatkan Bibir Yang Mungil

Selain daripada masalah yang mencari rona warna gincu yang sesuai untuk bibir anda, anda juga mungkin menghadapi masalah untuk menampakkan dimensi kepada bibir anda supaya tampak lebih mungil.

 

Lip liner merupakan langkah yang remeh, rumit dan memakan masa tatkala anda perlu bergegas dan anda juga mungkin segan untuk mewarnakan bibir anda di luar garisan bibir anda untuk mendapatkan efek yang dikehendaki.

 

Jenama kosmetik Benefit Cosmetics telah menemukan jalan penyelesaian untuk dilema ini dengan memperkenalkan koleksi They’re Real Double The Lip. Koleksi gincu 2-dalam-1 yang menggabungkan lip liner dan gincu.

See also
Kim Kardashian Hentam Wall Street Journal

 

Gincu yang berbentuk titisan air ini mempunyai dua rona warna dalam satu tube: warna gelap di bahagian atas dan warna lebih cerah pada bahagian bawahnya.

 

Bentuk gincu ini juga memudahkan anda untuk mengisi ruang-ruang pada bibir anda yang agak sukar dicapai dengan mata kasar.

 

Anda boleh dapatkan gincu ini pada harga RM 100.00 di sephora.my.

 

Saksikan video wanita-wanita mencuba gincu terbaru Benefit Cosmetics di bawah: