Dandanan Ringkas Elle Fanning Digemari! - Glam Malaysia

Dandanan Ringkas Elle Fanning Digemari!

You can never go wrong with a no-makeup makeup look!

 

 

Anda boleh memilih untuk bermekap dan bersiap dengan hiasan muka penuh, atau anda boleh memilih untuk “cheat” dan ikutkan jalan yang lebih ringkas namun tetap mempersonakan– Ambil ilusi yang diberikan oleh Elle Fanning sebagai contoh!

 

Foto: Instagram

 

Dalam sebuah foto Elle yang dimuat naik pada Ahad lalu, jurusolek selebriti, Erin Ayanian Monroa melakar wajah pelakon menawan itu dengan dandanan yang simple dan mudah! Jika dipandang sekali harung, rupawan berusia 19 tahun itu seperti tidak mengenakan apa-apa mekap pun! Sebaliknya, Elle mengenakan mekap halus bernada natural, termasuklah pelembap bibir sheer oleh Prada untuk mereka dandanan no-makeup itu. Namun demikian, pelembap kegemaran jurusolek itu dikhabarkan telah diberhentikan oleh jenama gergasi itu buat masa ini. 

 

Elle kelihatan seperti sedang bersedia untuk filem baharu, yakni Marry Shelley.

 

GLAM pasti Elle turut kelihatan jelita tanpa apa jua persolekkan, tetapi kami amat gemarkan look ringan ini!

See also
Gabungan Hebat Penggayaan dan Perlindungan Rambut dari Dyson