Dandanan Edgy Baharu Emma Roberts!

Cantik

Dandanan Edgy Baharu Emma Roberts!

48

Selamat “pulang”, Emma!

 

 

Apabila berkata tentang rona signatur mahkota Emma Roberts, ramai pasti kaitkan bersama blonde — Well, she has came back to her roots! Walau bagaimana pun, Emma bukan orang asing dalam dunia eksperimen bersama warna dan stail rambut yang berbeza. Beliau seakan pernah mengenakan myriad warna — dari perang chestnut, hinggakan ke merah gelap, Emma tetap kelihatan bergaya dan trendy, bak chameleon!

 

 

Namun demikian, dalam persoalan kesetiaan, Emma senantiasa kembali kepada pendandan dan salon yang sama, yakni Nikki Lee dan Riawna dari Nine One Zero Salon. Mereka lah yang bertanggungjawab untuk memberikan bintang A-list ini setiap satu gaya baharu beliau yang digemar ramai! Mereka turut memuat naik klip video transformasi Emma ketika sedang mendandan gaya terbaharunya itu.

 

 

Emma kelihatan bersama rambut berona cerah, namun “angkatan” salon tersebut mencerahkannya lebih lagi menggunakan pembetulan warna. Kemudian, mereka dilihat mengeringkan rambut pelakon jelita tersebut sebelum memotong kira-kira 4 inci darinya dan menggayakan kepada hasil bertekstur itu!

 

Perfect buat musim panas, tidak?

Your email address will not be published. Required fields are marked *