Bintang Instagram Perancis Menjadi Jurucakap Terbaru L'Oréal Paris - Glam Malaysia

Bintang Instagram Perancis Menjadi Jurucakap Terbaru L’Oréal Paris

Model dan pelakon dari Perancis Thylane Blondeau diumumkan sebagai jurucakap terbaru jenama kosmetik Perancis ternama L’Oréal Paris.

 

Happy super sweet 16 and welcome to the family we love you @thylaneblondeau ??✌?️ #lorealparis #thylaneblondeau #worthit

A post shared by L’Oréal Paris Makeup (@lorealmakeup) on

Blondeau menyertai barisan model-model bernama besar  #Lorealistas seperti Barbara Palvin, Irina Shayk, dan juga Karlie Kloss.

 

Thylane Blondeau juga merupakan jurucakap L’Oréal Paris yang paling muda dalam sejarah mereka.

 

“Saya rasa berbesar hati untuk menyertai keluarga L’Oréal Paris yang merupakan salah satu jenama kecantikan yang hebat. Saya akan berumur 16 tahun tidak lama lagi, bekerjasama dengan bakat dan jurucakap kecantikan yang sudah lama saya kagumi merupakan hadiah yang paling hebat!” nyata gadis muda itu dalam satu kenyataan.

 

“L’Oréal Paris sememangnya satu jenama yang saya rasa saya boleh menjadi diri saya sendiri, mempertahankan nilai-nilai yang penting bagi saya seperti keyakinan diri dan harga diri. Pengembaraan saya baru sahaja bermula.”

See also
Bingkisan Cantik Istimewa Hari Natal

 

L’Oréal Paris menggelar Blondeau sebagai “icon in-the-making,” gadis muda itu sendiri sudah mengorak langkah ke superstardom dengan bilangan pengikut seramai 1 juta orang di Instagramnya sendiri.

 

Blondeau bakal menjadi wajah untuk kempen Hydra Genius L’Oréal Paris yang akan datang ini.