Bersih Sebelum Tidur

Cantik

Bersih Sebelum Tidur

93

Bersih
 
Seringkali kita terlupa untuk membersihkan wajah sebelum tidur. Apabila keletihan, anda sering tidur tanpa membuang dahulu solekan pada wajah anda, Tahukah anda keadaan ini boleh menyebabkan kondisi kulit wajah kita terjejas? GLAM senaraikan beberapa tip untuk mencuci wajah sebelum anda tidur.
 
Jangan tidur dahulu!

Ramai yang mahu cantik namun masih ramai yang tidak rajin untuk mencuci muka saat malam sebelum merebahkan badan ke atas katil empuk setelah penat bekerja dan berhibur. Adakalanya ada yang mencuci muka sekadar syarat lansung tidak mencuci sebersih-bersihnya. Membersihkan muka sangat penting lebih-lebih lagi setelah seharian bersolek. Kulit juga ingin bernafas dan waktu ideal buat kulit berehat sebenarnya adalah di kala kita nyenyak tidur.
 
Rutin sebelum tidur

Yang pertama, tanggalkan solekan menggunakan make up remover yang berasaskan minyak ataupun losen mengikut jenis kulit. Seterusnya, bersihkan muka menggunakan pencuci muka. Di kala mencuci, urut muka dalam gerakan membulat bagi membantu cucian lebih bersih. Kemudian rapi muka dengan penyegar. Semakin meningkat usia kulit, akan timbul kedutan di bahagian tertentu wajah. Penjagaan mata juga penting. Sapukan krim mata bagi mengurangkan kedutan juga lingkaran gelap di bawah mata. Titiskan esen, serum juga ampoule bagi kesan yang lebih optimum kepada wajah anda. Tiga rutin ini sangat membantu dalam mengekalkan kecantikan wajah anda. Dua minggu sekali, luangkan masa untuk pupur wajah juga skrub muka. Kemudian sapukan pelembab bagi membuatkan wajah tampil lebih segar. Bukan hanya mengaplikasikannya di sebelah siang, namun sebelum tidur juga anda mahu sapukan pelembab wajah. Ini kerana, tidur di bilik penghawa dingin turut menjadi salah satu faktor kulit kering. Setelah itu, sapukan krim malam untuk kulit kekal terhidrat. Jangan lupa bibir anda! Akhiri dengan mengoles salap bibir bagi mengekalkan kelembapan bibir.
 
Jika tidak menanggalkan solekan?

Ini adalah perkara terakhir yang anda ingin tahu. Setelah beberapa ketika, mungkin anda akan menyesal setiap kali bangun dari tidur dan melihat wajah comot dan berminyak di cermin. Kulit anda tidak dapat bernafas jika muka tidak dicuci bersih, lebih teruk lagi jika anda mengenakan solekan tebal. Jika tiada oksigen buat muka untuk bernafas, kulit akan menjadi kering serta membuatkan tona kulit tidak sekata.Kulit juga menjadi kendur dan semakin ketara garis-garis kedutan kelihatan akibat dari kulit kering di wajah. Kedegilan menanggalkan solekan boleh menyebabkan radang kulit serta kemerah-merahan. Paling ketara, liang pori-pori di wajah terbuka besar dan anda semestinya tidak mahu minyak dan segala kotoran meresap masuk ke dalamnya. Jika anda masih ambil mudah tentang rutin penjagaan malam, masih belum terlewat! Anda pasti tidak mahu kulit wajah lebih berusia dari usia anda sebenar bukan?

Your email address will not be published. Required fields are marked *