Awet Muda Gisele Bündchen Sejak 1994!

Cantik

Awet Muda Gisele Bündchen Sejak 1994!

93

She hasn’t aged a single day!

 

Foto: Instagram

 

Nampaknya Gisele Bündchen tidak dimamah usia, sejak 1994! Rupawan ini tetap kelihatan jelita di samping foto beliau ketika berumur 15 tahun! Foto yang disoalkan? Gisele memuat naik sekeping gambar beliau ketika tahun 1994 dan 2015 beberapa hari lalu — netizen di seluruh dunia bertanda soal!

 

Dalam kedua-dua gambar tersebut, model yang kini berusia 37 tahun itu “menggayakan”dandanan penggelek rambut serta mekap ringkas. Apa yang mempersonakan kami akan foto tersebut ialah beliau tetap kelihatan youthful pada tahun 2015, sama seperti 21 tahun sebelum pada 1994. Kami mahukan rahsia awet muda Gisele!

 

Jika anda ingin tahu rejim kecantikan si chic ini, Gisele pernah tunjukkan langkah-langkah rutin beliau dalam sebuah video buat kempen Chanel pada tahun 2016. “I’ve always felt better with less makeup,” katanya pada tahun 2016. “Saya lebih berasa seperti diri sendiri.”

 

“Saya tidak gunakan foundation di pipi pun. Saya hanya sapukan foundation… di sekeliling kawasan bibir, dan ia sering menjadi merah. Dan di sekitar mata — terutamanya di bucu mata di mana ia kelihatan merah,” jelas model Brazil ini.

 

Duta jenama Chanel ini kemudian akan gunakan Les Beiges Healthy Glow Sheer Colour Sticks, produk kegemarannya dalam rona No. 20 di tulang pipi buat glow bak ciuman cahaya matahari, dan akan gunakan No. 21 untuk mengenakan tona kemerah-merahan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *