Apakah Rahsia Kecantikan Lily Collins? - Glam Malaysia

Apakah Rahsia Kecantikan Lily Collins?

Kecantikan Lily Collins tiada tandingannya. Paras petite dan rupa molek beliau sering membuat ramai iri hati. Dan kami setuju dengannya!

 

 

Dari dandanan rambut edgy hingga ke stail mekap signaturnya, pelakon ini membuktikan bahawa beliau tetap menawan dalam apa jua look yang digayakannya. Apakah rahsia kecantikan beliau sebenarnya? Pengurusan rambut dan kulit yang rapi, walaupun kehidupan sehariannya penuh diisi dengan aktivitinya sebagai seorang pelakon filem-filem A-list Hollywood.

 

Terdapat satu produk pelembap yang digunakannya setiap masa — Lancôme Énergie de Vie The Smoothing & Plumping Water-Infused Cream. “Langkah pertama, saya akan ratakan air dingin di muka untuk “membangunkannya”. Kemudian, saya akan guna rangkaian produk Lancôme Énergie de Vie,” kata Lily kepada New York Times.

 

 

“Saya merupakan duta jenama itu, jadi saya sudah mencuba produk-produk mereka. [Rangkaian] ini adalah produk yang berkesan bagi saya kerana ia mencerahkan [kulit] di samping kemasannya tidak melekit”, sambung jelitawan itu.

See also
Lyn Lim Terbang Ke Nepal Untuk Misi Bantuan Kemanusiaan

 

Pelembap ini menggunkan beri goji, balm lemon serta vitamin E untuk menghidrat. Formulanya amat ringan, jadi ia boleh digunakan dalam rutin waktu pagi atau pun petang. Ia menjamin pencerahan dan membuat kulit anda semakin lembut. Lily menggangap krim pelembap ini sebagai “keperluan” rutin kecantikan hariannya.