Ada Apa Dengan SPF?

Cantik

Ada Apa Dengan SPF?

583

Oleh: Yusairi Fitri

 


 
Ladies, get covered! Dari pelembap, mekap, pelindung sinar dan serum begitu banyak produk untuk digunakan pada muka anda? Mungkin ia sedikit mengelirukan namun itulah realiti bagaimana kita menjaga kecantikan.
 
Kita sering disogok dengan betapa bagusnya jika nilai SPF itu tinggi. Namun, persoalan timbul adakah nilainya penentu anda dilindungi kerana nilai SPF bukan sesuatu yang mesra pengguna. Bak kata Menurut pakar estetik, rawatan kosmetik dan kesihatan holistik, Ageless Medispa Dr. Alice Prethima Michael, adalah logik bagi seseorang untuk berfikir bahawa SPF 100 adalah lima kali ganda lebih baik kerana SPF 15 dan sebagainya. Tetapi itu bukan bagaimana ia berfungsi.
 
NILAI DAN KEBERKESANANNYA

 

  • SPF 15 menghalang 94 peratus
  • SPF 30 menghalang 97 peratus
  • SPF 45 menghalang 98 peratus

 
Jika ada di antara produk yang menjanjikan nilai selebihnya daripada yang dinyatakan maka ia adalah satu pembaziran. Pelindung sinar yang hadir dengan nilai SPF lebih tinggi hanya menghalang satu jenis sinar ultra violet yang berbahaya dan bukannya memberikan perlindungan 100 peratus.  Ingat, there’s no formula that offers 100 percent sun protection because any sunscreen can give a false sense of security. Tepuk dada tanya selera!
 
 

Your email address will not be published. Required fields are marked *