Mitos Cantik Wanita Usah Percaya, Ini Fakta Yang Sebenar

40 Mitos Cantik Ramai Wanita Masih Percaya Sehingga Sekarang (Bahagian 1)

Percayakah anda pada mitos cantik yang seringkali dibualkan sejak turun temurun? Ada betulnya namun ada juga yang bercanggah. GLAM senaraikan mana satu fakta dan mana yang bukan untuk manfaat anda.

Untuk tampak cantik, kita sanggup lakukan apa sahaja termasuk mencuba pelbagai tips kecantikan yang kadang kala tidak masuk dek akal. Apatah lagi sekiranya tips tersebut dikatakan mampu mengubah penampilan sekelip mata ibaratkan magis dalam buku-buku dongeng. 

Namun kini, standard of beauty kian dicabar malah anda digalakkan untuk embrace kecantikan asli anda sendiri tanpa membandingkan diri dengan orang lain. Sudah tiba masanya untuk anda teruskan journey of self-discovery dan fahami mana satu fakta mana pula mitos kecantikan.

Mitos Cantik Tak Usah Anda Percaya Lagi

Dalam siri pertama artikel ini, kami senaraikan 20 mitos cantik yang kebanyakan wanita masih percaya. Let’s dig in!

Salah satu mitos cantik dongeng yang masih diamalkan ialah gosok lemon pada gigi untuk memberi ilusi putih

Foto: Freepik

1. Gosok Lemon Pada Gigi Beri Ilusi Putih

Adalah lebih baik anda menyimpan lemon untuk dibuat lemonade daripada menggunakannya untuk memutihkan gigi anda. Berus gigi dengan air dan baking soda dua kali seminggu untuk gigi lebih putih memberi efek sihat dan putih.

2. Kuku Palsu Merosakkan Kuku Asal

Tidak sama sekali. Bukan kuku palsu ataupun gam yang digunakan merosakkan kuku anda tetapi cara menanggalkan kuku palsu yang salah mengundang kepada kerosakan kuku. Jika anda mengambil berat akan kuku dan melakukan proses penanggalan kuku palsu dengan baik dan selamat, ia tidak mendatangkan kemudaratan pada kuku.

3. Membuang Bulu Menggunakan Laser Tidak Boleh Diaplikasikan Pada Yang Berbulu Roma Halus

Satu lagi mitos cantik dongeng. Walaupun laser pembuang bulu memberi kesan pada bulu yang lebih lebat namun ia juga berhasil jika bulu roma anda nipis dan tidak kelihatan. Kunjungan kedua pasti memberi efek ketara daripada yang pertama.

See also
Hotel Dengan Hospitaliti Terbaik

4. Trim Rambut Selalu Untuk Rambut Lebih Panjang

Salah. Cepat atau lambat pertumbuhan rambut anda tetap sama dengan sebelumnya sama ada anda potong ataupun tidak. Tetapi dengan memotong rambut dengan kerap dapat membantu rambut tampak lebih sihat dan mencegah dari bercabang dan rontok.

5. Kulit Berminyak Punca Jerawat

Kulit berjerawat sering dikaitkan dengan kulit berminyak. Jangan salah tanggapan, ia bukan sebab utamanya. Wajah yang berjerawat mungkin berkait rapat dengan penggunaan produk yang salah dan kulit bertindak balas sensitif ke atas produk itu. Jika kulit anda berminyak, anda disarankan menggunakan formula sensitif dan lihat hasilnya selepas itu.

6. Produk Organik Tidak Bagus

Produk mesra kulit ini tidak akan memberi efek tidak baik kepada kulit anda. Mitos ini tidak boleh diterima pakai. Secara logiknya, produk organik lebih baik daripada produk berkimia, bukan? Ia akan membuka liang roma dan menyelamatkan kulit dari segala cela bukan merosakkannya.

7. You Can’t Pull Off All Colors

“I can’t wear that colour!” Semua wanita sesuai digandingkan dengan apa jua jenis rona untuk pembayang mata dan pemerah pipi. Apa yang perlu diberi penekanan adalah pada rona yang dipilh dan undertones. Bila ton terang beri efek tidak sesuai, cuba versi yang lebih toned-down.

8. Klorin Buat Rambut Menjadi Hijau

Klorin menyebabkan rambut bertukar warna hijau antara mitos cantik ramai percaya

Foto: Freepik

Oh, tidak! Bukan klorin tetapi tembaga. Jika kolam tidak dijaga dan dibersihkan selalu, tembaga ini boleh merosakkan kesihatan rambut dan bisa mengubah ton rambut anda. Selalu terjadi kepada si blonde kerana pigmentasi rambut mereka lebih ringan. Cuba syampu rendah pH untuk mencegah kehijauan.

9. Bersilang Kaki Menyebabkan ‘spider Vein’

Kebanyakan yang berhadapan masalah urat timbut atau vena varikos, mereka mungkin mendapatnya dari ibu atau nenek. Jadi, bersilang kaki bukanlah puncanya. It’s all in the genes!

See also
Selamatkan Kulit Wajah Dengan Ceramidin

10. Mencabut Ubat Akan Menambah Lagi Uban

Satu lagi mitos cantik yang salah! Rambut kita memutih tanda umur yang meningkat. Ada antara kita memilikinya walau masih muda. Bila terlalu memikirkannya maka rambut putih akan sering terlihat kerana anda kerap mencarinya.

11. Bercukur Membuatkan Bulu Roma Bertambah Lebat

Pencukur tidak mencukur bahagian akar bulu sepenuhnya jadi ia masih meninggalkan bahagian tebal bulu di dalam kulit. Bila ia tumbuh, bahagian tebal dari kulit mula keluar dan bulu nampak lebih lebat dari sebelumnya. Jadi ternyata, ini merupakan satu lagi mitos!

12. Mayonis Adalah Perapi Rambut Terbaik

Ini bukan hanya mitos. Mayonis yang sebenar memberi kesan perapi terbaik untuk rambut. Minyak dan telur yang terkandung dalam mayonis diperkaya dengan asid lemak dan protein memberi khasiat dan membantu menyuburkan rambut anda.

13. Pori-Pori Mengecil Bila Muka Dicuci Dengan Ais

Tiada yang boleh mengecilkan pori-pori anda. Saiz pori-pori merupakan kesan genetik yang sukar ditelah. Jadi, ia tidak akan memberi kesan kepada suhu sejuk dan panas pada wajah anda. Setiap orang mempunyai saiz pori-pori berbeza dengan yang lain.

14. Ubat Gigi Mengubati Jerawat?

Well, yes! Ubat gigi mengandungi mentol dan ramuan aktif yang dapat mengeringkan jerawat dan cepat sembuh daripada dibiarkan sahaja. Namun begitu, ramuan aktif ini bisa buat kulit sensitif kering. Seeloknya sapukan krim jerawat pada jerawat anda dan lupakan sahaja penggunaan ubat gigi ini.

15. Basuh Kaki Bagi Mengembalikan Kesegaran

Tubuh secara automatik bertindak balas apabila kaki anda letih. Ia lebih elok sekiranya direndam di dalam air suam panas untuk menambahkan kadar peredaran darah dan menyahkan keletihan anda. Lagipun ini alasan terbaik untuk rawatan pedicure bukan?

16. Berkongsi Alatan Solekan Amalan Kurang Sihat

See also
Detoks Secara Semula Jadi, Ini 8 Caranya

Sudah terbukti dengan berkongsi alatan solekan boleh mengakibatkan jangkitan bakteria dan ini akan membawa masalah kepada kulit anda. Elak meminjam alat solek dari gincu ke garis mata jika mahu menjamin kesihatan diri. Juga jangan berkongsi mengguna sampel penguji di kedai kosmetik jika anda mahu mengelak dari terkena sebarang jangkitan kulit.

17. Timun Memadam Lingkaran Mata Bengkak

Foto: Freepik

Ini adalah fakta. Timun mengurangkan kemunculan kesan bengkak pada mata, apa juga yang sejuk boleh menyelamatkan puffy eyes. Memandangkan timun sejenis sayur yang sejuk maka lingkaran mata yang merupakan lokasi pengumpulan air yang banyak boleh dipadamkan.

18. Memecahkan Jerawat Tidak Digalakkan

Mitos ini disokong sama sekali. Biarkan jerawat pecah dengan sendirinya jika anda tidak mahu merosakkkan kulit muka. Dengan memecahkan mana-mana jerawat ia akan memudaratkan lagi kerana makin banyak jerawat akan timbul. Bersihkan muka dengan betul dan beri masa pada jerawat untuk hilang dengan sendiri.

19. Kekerapan Membersih Wajah Mencantikkan Lagi Wajah

Fiksyen sahaja. Kerap mencuci muka boleh menyebabkan kulit kering dan kusam. Cuci wajah dua kali sehari pada waktu pagi dan malam sudah memadai untuk menjaga kesihatan wajah agar kulit tampak lebih mulus dan berseri.

20. Hanya Orang Gemuk Mempunyai Selulit

Anda tidak perlu menjadi gemuk untuk mempunyai selulit, semua orang terdedah untuk mempunyai selulit. Ia dipengaruhi jantina, genetik malah gaya hidup. Jadi fakta yang mengatakan senaman yang kerap boleh mencegah dari hadirnya selulit adalah salah sama sekali.

Semua mahu tampak cantik dan anggun dengan pantas, namun usah mudah percaya mitos cantik ini. Kadang kala kunci kecantikan mudah sahaja – dapatkan tidur yang cukup, kurangkan pengambilan kafein, sentiasa memakai krim pelindung matahari dan bersenam untuk membuang toksin.

Pautan Berkaitan: Semak List Ini Dulu Sebelum Pasang Bulu Mata