4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

Cantik

4 Destinasi Percutian Dan Produk Kecantikan Wajib Dibawa

749

Anda merancang percutian lebih awal tetapi tiba waktu mengisi bagasi, anda jadi buntu bab memilih produk kecantikan sesuai.

 

Usai menyusun baju, seluar atau skirt dan beberapa gaun, tiba waktunya memilih alat solek atau produk penjagaan kulit paling sesuai dengan destinasi percutian pilihan anda. Semestinya anda mahu kelihatan paling menawan dengan penampilan sesuai.

 

Penting sekali wajah anda berseri-seri ketika melangkah keluar resort percutian tropika. Bagi anda memilih percutian musim sejuk, kulit anda masih lembap dan segar sepanjang hari. Lebih penting anda kelihatan paling glam di dalam pelayaran atau paling seksi di parti saat staycation.

 

Saat-saat akhir anda buntu mencari beberapa lagi kelengkapan lantas sempat singgah di Sephora yang menawarkan bermacam produk antarabangsa seperti Becca, Tarte, Too Faced, Saturday Skin, Sephora Collection sendiri dan banyak lagi. Pasti ada yang sesuai buat percutian hujung tahun anda.

2 of 4

Seindah Musim Sejuk

Kebanyakan produk kecantikan anda lebih sesuai untuk cuaca khatulistiwa jadi beberapa perkara perlu dikemas kini jikalau anda memilih percutian di negara bermusim sejuk. Produk kecantikan dan mekap kalau boleh mampu menjaga kulit agar tidak kering akibat cuaca sejuk atau salji yang sedang turun. Material krim paling sesuai untuk cuaca sebegini. Solekan perlu menampilkan anda berjawah lembap dan berseri-seri sepanjang hari.

Shimmering Skin Perfector Pressed Mini, Champagne Pop, Becca

Skin Summit Holiday Kit, First Aid Beauty

Cream Lip Stain Set, Sephora

Once Upon a Night Palette, Sephora

Your email address will not be published. Required fields are marked *