3 Gaya Kecantikan Signatur Kate Middleton - Page 2 of 3 - Glam Malaysia

3 Gaya Kecantikan Signatur Kate Middleton

Duchess of Cambridge sememangnya sering menjadi buah mulut utama wanita. Bukan sahaja kerana beliau menikahi putera raja kepada mahkota United Kingdom Putera William, atau kerana beliau dikurniakan dua zuriat yang comel belaka, tetapi khususnya kerana kecantikan dan gaya peribadinya yang elegan!

 

Kate Middleton kian menjadi antara wanita sofistikated yang menempa nama dalam dunia fesyen kini, dari look elegan di acara karpet merah dan stail personal yang menjadi trend hinggakan vibe glamor yang dipancarnya. Berikut merupakan tiga daripada gaya signatur bakal Permaisuri United Kingdom ini.

2 of 3
Use your ← → (arrow) keys to browse

2. Dandanan Rambut Signatur

 
Kate Middleton menghadiri Maraton Virgin Money di London awal tahun ini dengan rambutnya bergaya blowout, menyerlahkan kilauan perang yang cantik dipandang! Kate sering dikaitkan dengan stail bersahaja ini. Beliau digayakannya buat apa jua acara semenjak berjinak-jinak dalam dunia kejaran paparazzi ini pada tahun 2004. Ia dikhabarkan bahawa beliau menerima dandanan blowout tersebut dari Richard Ward, yang telah “bermain-main” bersama mahkota jelitawan itu sejak dahulu lagi.