Zoë Kravitz Wajah Baharu YSL Beauty - Glam Malaysia

Zoë Kravitz Wajah Baharu YSL Beauty

Foto: Elodie Daguin

Zoë Kravitz telah terkenal dengan kejelitaan semula jadi, di samping bakatnya sebagai seorang pelakon A-list dan lunakkan suaranya. Kini, repertoire beliau makin mengembang — Zoë telah dinamakan sebagai duta terbaharu buat jenama Yves Saint Laurent Beauty!

 

YSL mengumumkan duta terbaharunya itu kelmarin, 31 Julai dalam sebuah siaran akhbar. Zoë sudah lama menjadi muse buat rumah fesyen Perancis itu, namun ini adalah kali pertama beliau menjalakan “tugas” secara rasmi! 

 

“YSL Beauty sudah lama menjadi salah satu jenama kesukaan saya. Kebolehan mereka untuk menggabungkan gaya paling chic bersama sentuhan raw, bagi saya, merupakan salah satu cara terbaik untuk mengekspresikan diri anda, melalui fesyen dan perihal kecantikan,” kata Zoë, 28. 

 

Sebagai wajah baharu jenama gergasi itu, “Zoë bakal memulakan peranannya dengan beberapa kempen besar, antaranya Tatouage Couture,” tulis sidang akhbar itu. “Beliau amat sesuai dengan identiti YSL yang inovatif, tersendiri dan bergaya.”