Gal Gadot Menolak Tawaran Wonder Woman Jika Brett Ratner Terlibat

Wonder Woman Gal Gadot Enggan Menyertai Filem Susulan Kerana Pemangsa Seksual

Seperti wataknya Diana Prince di dalam filem hit Wonder Woman, Gal Gadot juga kini disanjung sebagai adiwira sebenar setelah laporan menyatakan pelakon tersebut enggan menandatangani sebarang perjanjian selagi pemangsa seksual dan penerbit Brett Ratner terlibat dengan pembikinan sekuel filem tersebut.

 

Foto Future-Image via ZUMA Press

Bulan lepas Gal menarik diri daripada satu acara makan malam yang meraikan Ratner di mana pelakon Wonder Woman itu diminta untuk menyampaikan anugerah kepada penerbit tersebut. Keputusan Gal ini menunjukkan yang dia menentang isu-isu gangguan seksual yang semakin berleluasa di Hollywood sejak dulu lagi dan enggan membenarkan hasil lakonannya memberikan keuntungan kepada lelaki sebegitu.

 

Syarikat kongsi Ratner, RatPac-Dune Entertainment telah membantu menerbitkan Wonder Woman sebagai perjanjian pembiayaan bersama dengan Warner Bros. dan pada masa yang sama membahagikan keuntungan daripada filem tersebut kepada syarikat penerbitan itu.

 

Foto JRP/WENN

Tuntutan Gal pula adalah untuk Warner Bros. menyingkirkan Ratner daripada perjanjian tersebut supaya dia tidak boleh mengaut sebarang keuntungan daripada filem popular itu.

See also
Senarai Penuh Pemenang Anugerah Juara Lagu 30

 

Walaupun Gal sendiri belum tampil untuk menerangkan hal ini sendiri orang dalam Warner Bros. telah menyatakan, “Kini Gadit mengatakan dia enggan menandatangi apa-apa perjanjian untuk sekuel melainkan Warner Bros. menyingkirkan Brett.” Namun seorang lagi sumber pula menyatakan kenyataan ini adalah tidak benar?

 

Namun baru-baru ini Warner Bros. juga telah mengumumkan bahawa mereka akan memutuskan sebarang pertalian antara mereka dan Ratner selepas beberapa tuduhan gangguan seksual dibuat termasuklah aktres Olivia Munn dan Natsha Henstridge, dan Ellen Page.

 

Jika hal ini adalah benar, Warner Bros. benar-benar berada dalam situasi yang sukar. Adakah mereka akan memilih wang atau mempertahankan hak asasi wanita sebagai manusia?