What’s up: GLAM x GLAM Lelaki Rebel Youth Party by Coach

Apa Siapa Di Mana?, Berita, GLAMxCOACH, GLAMxCOACH 2017

What’s up: GLAM x GLAM Lelaki Rebel Youth Party by Coach

141

Malam 5 April telah menyaksikan golong-golongan rebels memenuhi ruangan Ex8 Building di Subang Jaya untuk memeriahkan pesta yang dianjurkan oleh Coach dengan kolaborasi bersama GLAM dan GLAM Lelaki untuk ‘GLAM x GLAM Lelaki Rebel Youth Party.’

 

Barisan pemberontak fesyen yang hadir semalam tampil untuk berlibur sambil mengenakan stail-stail yang telah ditetapkan, iaitu hip hop, rock ‘n’ roll, dan punk.

 

Tema ini juga diinspirasikan sendiri oleh koleksi S/S ‘17 Coach yang menerapkan elemen-elemen golongan muda yang inginkan kebebasan dan sedikit rebellious.

 

Suasana pesta pada malam itu juda digamitkan lagi dengan DJ Nas-T yang memutarkan lagu-lagu with sickening beats dengan rancak di booth-nya dan juga persembahan istimewa oleh OAG yang memberikan para hadirin sedikit nostalgia dengan lagu-lagu hitnya.

 

Pesta dimeriahkan lagi dengan kehadiran Sazzy Falak selaku pengacara pesta malam itu yang diusung masuk atas sebuah motor besar oleh jejaka-jejaka Rascals Motor Club.

 

Antara mereka yang hadir pada malam itu adalah bintang GLAM x Coach Fashion Film sendiri, Juliana Evans, Nabila Huda, Ning Baizura, Hunny Madu, Puteri Afzan Shakira, pemenang GLAM Next Face Natasha Noor, it-girls Tuti Noor, Rita Suraya, Atikah Karim, Eleena Sui dan ramai lagi.

 

Klik foto dibawah untuk melihat galeri kami.

 
[envira-gallery id=”64485″]

Your email address will not be published. Required fields are marked *