Wanita Malaysia Kimberley Ho Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 2019

Berita

Wanita Malaysia Kimberley Ho Tersenarai Dalam Forbes 30 Under 30 2019

138

Sedang kita menanti ketibaan 2019 dalam masa beberapa minggu lagi, Kimberley Ho, rakyat Malaysia yang berhijrah ke Amerika Syarikat, meraikan ketibaan 2019 dengan kejayaan terbarunya.

 

Kimberley, 28, yang merupakan seorang consumer brands investor turned entrepreneur telah tersenarai dalam senarai tersohor Forbes 30 Under 30 2019 di bawah kategori Retail & E-Commerce menerusi produk ciptaanya sendiri, Evereden.

 

Usahawan muda ini berhijrah ke Amerika Syarikat pada usia 18 tahun untuk melanjutkan pengajiannya di Universiti Stanford dan sejurus selepas menamatkan pengajiannya, Kimberley ditawarkan untuk bekerja di Goldman Sachs sebelum membawa diri ke Wall Street.

 

A post shared by Kim H. (@kimintechnicolor) on

Evereden diasaskan berdasarkan keinginan Kimberley untuk menggunakan produk yang menggunakan bahan-bahan selamat kerana dia sering membelikan produk bayi di Amerika Syarikat buat teman-temannya di sini. Namun dia juga mendapati bahan-bahan yang digunakan dalam produk-produk ini tidak menjamin keselamatan pengguna. Dia membuat keputusan untuk berhenti kerja dan memulakan Evereden bersama suaminya, Huang, untuk membekalkan produk-produk yang dijamin selamat dan dilancarkan pada bulan Mac tahun ini.

 

“Sejak melancarkan Evereden pada Mac 2018, Ho, imigran Malaysia, telah meraih keuntungan sebanyak $2 million (RM8.38 juta) dan produk-produknya juga telah menerima sanjungan daripada Bobbi Brown dan Vogue,” nyata Forbes.

Your email address will not be published. Required fields are marked *