Victoria Beckham Telah Mendaftar Nama Harper Beckham Untuk Di-Trademark - Glam Malaysia

Victoria Beckham Telah Mendaftar Nama Harper Beckham Untuk Di-Trademark

Berapa ramai kanak-kanak berusia lima tahun yang sering kita lihat di barisan hadapan sewaktu Minggu Fesyen? Jawapannya: Tidak ramai. Namun anak bongsu pasangan Beckham, Harper Beckham merupakan antara si cilik yang cukup bertuah untuk mendapat peluang tersebut.

 

Harper juga sudah mula berjinak dengan mereka pakaian dan dia juga merupakan muse kepada ibunya untuk menghasilkan keseluruhan koleksi Victoria bersama Target baru-baru ini.

 

Foto: CALA/Broadimage

Dengan harapan little Harper bakal mengikut jejak langkah ibunya sebagai seorang pereka fesyen, Victoria dilaporkan sudah mendaftarkan nama Harper untuk di-trademark di Eropah dan juga Britain.

 

Trademark untuk Harper ini merangkumi bidan fesyen jikalau Harper berhasrat untuk memilih jalan tersebut dan juga bidang hiburan.

 

The Sun juga telah melaporkan trademark ini juga membolehkan Harper untuk meminjamkan namanya kepada jenama-jenama seperti solekan, permainan, pakaian, dan banyak lagi.

Untuk bidang hiburan pula, nama Harper hanya boleh digunakan oleh dirinya sahaja untuk muncul di TV, filem dan ini juga termasuk industri muzik.

See also
Konstruksi Klasik, Dibayangi Nada Moden

 

Harper bukan yang pertama untuk didaftarkan namanya untuk di-trademark. Bapanya, David, telah mendaftarkan namanya pada tahun 2000 dan diikuti oleh Victoria dua tahun selepas itu. Nama Brooklyn (18), Romeo (14), dan Cruz (12) juga telah didaftarkan.