Versace Dibeli Oleh Michael Kors Pada Nilai RM8.6 Bilion

Berita

Versace Dibeli Oleh Michael Kors Pada Nilai RM8.6 Bilion

91

Pertunjukan koleksi S/S 2019 Versace sewaktu Minggu Fesyen Milan

Dua nama yang besar kini bernaung di bawah satu syarikat, apakah kejayaan yang bakal mereka kecapi kelak?

 

Michael Kors telah mengumumkan langkah baru mereka untuk mengembangkan pasaran ke Eropah dengan membeli Versace pada harga RM8.6 bilion.

 

Donatela Versace bersama CEO Versace Jonathan Akeroyd (kiri) dan CEO Michael Kors John Idol

Keputusan Kors dengan pembelian ini menandakan satu lagi pengakhiran kepada sebuah jenama berdikari namun pada masa yang sama melakar sejarah yang penuh bermakna buat Michael Kors sebagai jenama terkenal dalam usaha mereka untuk membesarkan lagi perniagaan. Tahun lalu Kors juga telah membeli sebuah lagi jenama fesyen ikonik, Jimmy Choo pada harga RM4.9 bilion. Ikutan urusan ini, Michale Kors akan mengubah nama syarikat mereka kepada Capri Holdings Limited.

 

Pengarah Kreatif Donatella Versace yang telah mengambil alih jawatan tersebut ikutan pembunuhan abangnya, pada tahun 1977, akan kekal sebagai “creative vision,” ujar Ketua Eksekutif Michael Kors, John Idol. Versace juga menganggap perubahan kecil ini sebagai satu peluang untuk Versace berkembang sebagai sebuah jenama. Selain Donatella, abangnya, Santo, dan anak perempuannya, Allegra, juga akan kekal sebagai pemegang saham utama.

 

Versace S/S 2018

Perancangan utama mereka adalah untuk menggandakan hasil keuntungan sebanyak RM8.2 bilion yang merangkumi pembukaan sebanyak 200 hingga 300 buah butik baru. Selain itu perkembangan dari segi jualan aksesori dan kasut daripada 35% kepada 60 % juga diberi tumpuan.

 

“Kami semua merasa sangat teruja untuk menyertai kumpulan yang diketuai oleh John Idol, seorang yang saya kagumi sebagai seorang yang berawasan dan juga ketua yang teguh dan bersemangat. Kami percaya kejayaan jangka panjang Versace boleh dikecapi dengan menjadi sebahagian daripada kumpulan ini,” nyata Versace dalam satu kenyataan.

Your email address will not be published. Required fields are marked *