Update Kisah Penceraian Angelina Jolie & Brad Pitt - Glam Malaysia

Update Kisah Penceraian Angelina Jolie & Brad Pitt

Kisah penceraian Angelina Jolie dan Brad Pitt menjadi topik perbualan ramai apabila butiran mengenai punca perkahwinan mereka punah tersebar kepada khalayak umum. Namun semuanya telah kembali tenang buat kedua-dua pelakon tersebut.

 

Proses perceraian mereka yang kini dijalankan secara peribadi berjalan dengan lebih lancar kerana Jolie dan Pitt sudah mula berbincang secara terus antara satu sama lain. Sebelum ini mereka menggunakan peguam mereka sebagai wakil untuk berbincang.

 

Mengikut satu sumber, Pitt juga kini sudah lebih kerap berjumpa dengan enam orang anaknya dibandingkan semasa proses perceraian ini bermula.

 

Foto: New Regency Film

“Dia lebih bahagia sekarang. Dia juga merasa sangat lega dengan perkara ini [perceraian mereka] kini bukan lagi di mata umum,” nyata satu sumber kepada People.

 

Sumber lain turut menyatakan yang Pitt juga meluangkan kebanyakan masanya di L.A bersama anak-anaknya. Dia juga banyak meluangkan masa bersama Maddox dan Pax.

 

Jolie sendiri pernah menyatakan dalam satu tembual semasa di Kemboja “kami akan sentiasa menjadi sebuah keluarga.”

See also
Tips Tinggikan Aset Hartanah

 

Bekas it-couple Hollywood ini juga sudah mula berkecimpung semula di dalam industri dengan beberapa projek baru.

 

Jolie dengan kempennya bersama Guerlain, filem arahannya, menjadi pensyarah di London School of Economics, dan juga beberapa filem dalam perbincangan.

 

Manakala Pitt yang dikenali dengan minatnya kepada seni pula sedang sibuk menceburi seni ukiran dan meluangkan masanya di studio rakannya Thomas Houseago (ini juga merupakan sebab dia tidak dapat menghadiri Oscars).