Tubuh Emma Watson Menjadi Isu Kerana Bercanggah Dengan Feminisme - Glam Malaysia

Tubuh Emma Watson Menjadi Isu Kerana Bercanggah Dengan Feminisme

Foto: WENN.com

Pelakon Harry Potter Emma Watson yang kini sedang sibuk menghadiri press tour filem terbarunya Beauty and The Beast di serata dunia dikecam netizen oleh kerana foto-foto ediotrialnya untuk Vanity Fair.

 

Foto: Vanity Fair

Daripada 12 foto yang ditampilkan dalam editorial tersebut, satu foto menarik perhatian netizen dan membuatkan mereka meragui Emma Watson dan pegangan feministnya.

 

Foto yang dimaksudkan itu menggambarkan Watson memakai sepasang bolero putih avant-garde dan tanpa pakaian dalam yang mendedahkan sebahagian payudaranya.

 

Apabila foto itu dikeluarkan untuk khalayak ramai, sambutan yang diterima berunsur misogynistic dengan tajuk rencana seperti “Beauty and The Breasts  dan seorang personaliti radio menyuarakan pendapatnya bahawa payudara merupakan punca golongan wanita tidak diambil serius (Seriously, now?).

 

Dalam satu temubual bersama Reuters, Watson sendiri kebingungan dengan perhatian dan kritikan yang diterimanya kerana sekeping foto tersebut.

 

“Feminisme bertujuan untuk memberi pilihan kepada golongan wanita , feminisme bukanlah sebatang kayu yang digunakan untuk memukul wanita lain. Ia berkenaan kebebasan dan kesamarataan… Saya benar-benar tidak faham apa kaitan payudara saya dalam perkara ini,” terang Watson kepada Reuters.

See also
Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry

 

We’re all for women empowerment tetapi Watson nampaknya tidak menyedari akan kenapa netizen mengkiritknya dan ada yang menggelarnya sebagai hipokrit adalah kerana kenyataan beliau sebelum ini mengenai penyanyi pop Beyoncé.

 

Foto: WENN.com

Kenyataan yang dibuat oleh Watson pada tahun 2014 itu adalah mengenai album Beyoncé yang menampilkan penyanyi tersebut dalam gaya yang provokatif dan pada Watson itu melambangkan seorang feminist.

 

Walaupun jelas kenyataan Watson pada masa itu bertentangan dengan apa yang dia telah lakukan, people need to know bahawa pendapat boleh berubah and maybe hers has?

 

Tetapi, kami juga ingin mengetahui pendapat Watson mengenai kenyataan yang dibuatnya mengenai Beyoncé dua tahun lepas an update maybe?