TOD’s Ambil Bahagian Dalam Pemulihan Colosseum - Glam Malaysia

TOD’s Ambil Bahagian Dalam Pemulihan Colosseum

01_Diego-Della-Valle

Diego Della Valle


 
Jenama fesyen terkenal TOD’s telah mengambil bahagian dalam pemulihan Colosseum yang menjadi simbol sejarah sebenar Itali.
 
Projek pemulihan Colosseum adalah projek yang dirancang oleh Persuruhjaya Arkeologi Rom dan Ostia Antica dalam perjanjian dengan Jabatan Warisan Arkeologi Rome. Projek ini dapat dijayakan dengan penglibatan Kumpulan TOD’S.
 
Fasa pertama projek ini sudah lengkap dan telah dijalankan di bidang hadapan bahagian Utara dan Selatan Colosseum menjadikan jumlah kawasan permukaan yang telah dibaik pulih ialah 13.300MQ. Projek pemulihan turut melibatkan penukaran sistem Arch Enclosure dengan sistem pagar baru.
 
Projek pemulihan ini akan diteruskan dengan pemulihan lorong-lorong Colosseum dan bilik bawah tanah. Sistem utiliti akan dipasang setelah ujian pemasangan dijalankan. Selain itu, pusat perkhidmatan untuk pelawat akan dibina untuk memudahkan pelawat untuk mengakses Colosseum dari luar kawasan Colosseum.
 
Projek pemuihan Colosseum ini akan diteruskan dengan membaikpulih fasa-fasa yang telah ditetapkan dalam projek ini.
 
[soliloquy id="49127"]
[soliloquy slug="tods-ambil-bahagian-dalam-pemulihan-colosseum"]

See also
Memperkenalkan Datuk Seri Siti Nurhaliza