Hubungan Antara Meghan Markle dan Bapanya Semakin Tipis

Tiada Masa Depan Buat Hubungan Meghan Markle Dan Bapanya

Gambar James Whatling / MEGA

Minggu lalu beberapa laporang membongkar rancangan “kotor” keluarga Meghan Markle yakni kakak dan bapanya untuk menggunakan namanya demi kepentingan mereka sendiri. Kali ini laporan daripada sumber tertentu pula menyatakan Meghan tidak mempunyai sebarang rancangan untuk membaiki hubungan bersama bapanya buat masa terdekat ini.

 

Meghan dan bapanya berdepan dengan isu ini sebelum Meghan bertemu dengan Putera Harry. Sumber itu juga menyatakan, “peluang mereka untuk berdamai sangat tipis buat masa ini. Memang tidak ada peluang kerana dia telah memalukan Meghan dan juga kerabat diraja.”

 

Gambar John Rainford/WENN

Temu bual terbaru Thomas Markle bersama tabloid membuatkan orang ramai mempersoalkan motif sebenar lelaki ini. Selain mendakwa dirinya sendiri telah membantu membentuk Meghan yang dikenali hari ini, dia juga menyentuh layanan mereka terhadapnya dan memetik nama mendiang Puteri Diana. “Mereka [kerabat diraja] membuat Meghan melayan bapanya dengan cara yang ibu Harry, Princess Diana, tidak akan setuju. Itu bukan pendirian Diana. Puteri Diana bertanggungjawab mengubah kerabat diraja, tetapi dia tidak sempurna. Dia masih  salah seorang daripada mereka… Saya enggan berdiam diri. Apa yang menjengkelkan saya adalah sikap Meghan. Dia tidak akan berjaya tanpa saya. Saya membentuk dia. Apa yang ditampilkan oleh Meghan hari ini, saya yang bertanggungjawab. Saya tidak peduli jika Harry enggan bercakap dengan saya lagi, saya mampu bertahan.”

See also
Karpet Merah Golden Globe ke-74 Dimeriahkan Dengan Pasangan Hangat Hollywood

 

Disebalik kontroversi tidak berfaedah ini, kerabat diraja England dilaporkan tidak terasa dengan segala dakwaan yang dilemparkan oleh keluarga Markle terhadap mereka dan Duchess of Sussex itu. Meghan sendiri kagum dengan segala yang telah berlaku setakat tetapi berfikir panjang dalam setiap yang dikatakan. “Tiada apa yang dikatakan oleh mereka [keluarga Markle] memberi sebarang kesan kepada mereka dan Putera Harry serta Meghan mempunyai lebih banyak perkara yang mereka perlu beri fokus.”

 

Sebagai langkah berjaga, pihak istana juga telah memastikan Meghan dilindungi daripada pihak media yang tidak bertanggungjawab. Apabila Meghan membuat penampilan rasmi, mereka akan memastikan wartawan dijauhkan daripada Meghan agar mereka tidak boleh mendengar sebarang perbualan Meghan.