Teman Baru Harry Styles, Siapakah Camille Rowe? - Glam Malaysia

Teman Baru Harry Styles, Siapakah Camille Rowe?

Siapa sebenarnya kekasih hati terbaharu Harry Styles ini?

 

 

Jelitawan berusia 27 tahun ini dikhabarkan sedang bersama Harry Styles. Camille Rowe merupakan cinta terbaharu dalam kehidupan Harry, setelah penyanyi kumpulan One Direction itu dikaitkan dengan barisan gadis-gadis lain. Harry pernah dikaitkan bersama hos TV, Caroline Flack, penyanyi Grammy, Taylor Swift serta blogger, Tess Ward.

 

Dilahirkan pada 7 January 1990 sebagai Camille Rowe-Pourcheresse, gadis ini merupakan kacukan darah Perancis dan Amerika. Ketika membesar, Camille membahagikan masanya antara kota Paris, yakni di kawasan Ville-d’Avray, Brooklyn di New York dan juga California. Beliau kini sedang menetap di Los Angeles. 

 

 

Ramai mungkin kenal dengan wajah jelitanya kerana Camille merupakan antara model Victoria’s Secret — Camille juga memperagakan jenama fesyen lain, seperti Tommy Hilfiger, GAP, Chloe dan Dior. Peragawati ini juga pernah memberi namanya dalam bidang lakonan, iaitu dalam filem Perancis berjudul Our Day Will Come, di samping membintangi beberapa buah video muzik oleh kumpulan The Strokes dan MGMT.

See also
Hos Fashion Police, Joan Rivers Meninggal Dunia

 

Kecantikan Camille turut dipamerkan dalam majalah Playboy, di mana beliau dinobat sebagai Playmate of the Month pada bulan April 2016. 

 

 

Camille mula menempa nama dalam dunia pesat paparazzi ketika beliau dikaitkan bersama Harry Styles pada bulan Julai 2017, walaupun ketika itu Harry dikatakan sedang bersama beberapa model Victoria’s Secret lain: Nadine Leopold dan Sara Sampaio. Ia dikhabarkan bahawa mereka telah disuaikan bersama oleh rakan mereka, Alexa Chung. 

 

 

Sebelum bersama Harry, Camille pernah dihubungkan bersama beberapa jejaka lain, iaitu Cam Avery, penyanyi utama kumpulan MGMT, Andrew VanWyngarden serta model, Dylan Riedel.