Taylor Swift Berdepan Dengan Kes Saman Untuk Lagu Hit "Shake It Off"

Taylor Swift Berdepan Dengan Kes Saman Untuk Lagu Hit “Shake It Off”

Sedang Taylor Swift sibuk dengan persediaan untuk melancarkan album terbarunya “Reputation” dua orang penulis lagu, Sean Hall dan Nathan Butler, pula tampil dengan kes saman terhadap penyanyi itu.

Sumber kes ini adalah ikutan dakwaan mereka bahawa Swift telah meniru lirik mereka untuk lagu hit-nya “Shake It Off” yang tular untuk beberapa tahun dan dianggap sebagai anthem.

 

Lagu yang mereka nyatakan itu adalah hit “Playas Gon’ Play,” oleh 3LW.

 

Jikalau di dengar semula, kedua-dua lagu ini adalah sangat berbeza dari segi genre dan juga moodnya sendiri.

 

Dalam lagu “Shake It Off” antara bait lirik yang popular adalah:

 

“Cause the players gonna play, play, play, play, play, the haters gonna hate, hate, hate, hate, hate.”

 

Manakala lagu yang dipersembahkan oleh 3LW pula:

 

“Playas, they gonna play and haters, they gonna hate.”

 

Peguam pendakwa menyatakan “Gabungan frasa playas/players dan hatas/haters kelihatan seperti satu kebiasaan pada masa ini, namun, pada tahun 2001 ia merupakan frasa yang unik dan asli.”

See also
Tip Menggayakan Gincu Terang

 

Pihak pendakwa juga menuntut keuntungan sebanyak 20% daripada Swift dan pasukannya untuk lirik lagu tersebut.

 

“Ini merupakan satu dakwaan yang mengarut dan jelas sekali motif mereka adalah kerana wang. Undang-undangnya adalah mudah dan jelas. Mereka tidak mempunyai sebarang kes,” nyata wakil Swift untuk membidas dakwaan tersebut.

 

Ini bukanlah kali pertama Swift disaman untuk kes “mencuri” lirik. Pada tahun 2015 Swift telah memenangi kes saman antara dirinya dan penyanyi Jessie Graham yang menuntut $42 juta kerana meniru lagunya “Haters Gonna Hate” dalam lagu Swift “Shake it Off.”

 

Disebabkan kes kali ini kelihatan serupa dengan kes sebelum ini, the result is obvious, noHave fun trying, boys!

 

Cuba lihat video dibawah ini: