Sultan Muhammad V Timang Cahaya Mata Lelaki Bersama Oksana Voevodina?

Berita, Berita

Sultan Muhammad V Timang Cahaya Mata Lelaki Bersama Oksana Voevodina?

25781

Awal dahulu, gambar tidak rasmi akan perkahwinan Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik dari Rusia, Oksana Voevodina dulu pernah tersebar dan menggegarkan negara. Kini, ia sememangnya boleh dikatakan rasmi apabila jurufoto majlis perkahwinan itu sendiri telah berkongsi gambar-gambar ini melalui media sosial.

Foto: Daily Mail

Maxkoliberdin, seorang jurugambar  dari Rusia telah pun berkongsi gambar perkahwinan yang memaparkan imej KDYMM Sultan Muhammad V dengan bekas ratu cantik, Oksana Voevodina.

Melihat pada gambar tersebut, jelas kelihatan Sultan Muhammad V segak mengenakan sepasang baju Melayu berona biru gelap, bersongkok serta bersampin. Menerusi gambar-gambar yang dikongsi lagi, ia turut merakam detik-detik penting tatkala majlis perkahwinan termasuklah ketika memotong kek, momen bersama bridesmaids, dan persembahan istimewa.

Foto: Daily Mail

Menurut laporan Daily Mail sebelum ini, isteri kepada Sultan Muhammad V itu telah memeluk agama Islam pada awal tahun lalu sebelum melangsungkan perkahwinan dengan Sultan Muhammad V pada tarikh 22 November 2018. Voevodina atau nama Islamnya, Rihana pernah bergelar Miss Moscow pada tahun 2015. Malah Voevodina juga pernah menjadi model peragaan di China dan Thailand.

Dan baru-baru ini, melalui laporan Daily Mail, The Malaysian Insight, dan Malaysia Gazzete, Sultan Muhammad V dan isterinya, Oksana Voevodina yang khabarnya telah menimang cahaya mata lelaki pada 21 Mei lalu. Malah turut dikongsi di laman instagram @rihanapetra. Sementara itu, Oksana turut berkongsi nama penuh anak mereka berdua iaitu Tengku Ismail Leon Petra Bin Tengku Muhammad V Faris Petra. Walaubagaimana pun, sehingga kini masih belum ada apa-apa berita rasmi yang mengesahkan laporan berhubung kelahiran ini. Sama-sama kita tunggu. Namun jika betul, merafak sembah tahniah GLAM ucapkan!

Jom kita saksikan gambar-gambar menarik Oksana ketika kehamilannya yang kini tular di laman-laman web sedunia yang turut seperti mana dikongsi di laman Instagram @rihanapetra.

6 of 6
Use your ← → (arrow) keys to browse

Foto: Instagram @rihanapetra

Your email address will not be published. Required fields are marked *