12 Tahun Selepas AF3, Idayu Dinobat Juara AF Megastar

Pengalaman 12 Tahun Melonjakkan Idayu Sebagai Juara AF Megastar

Berlangsung di Royal Theatre Shah Alam semalam, konsert akhir AF Megastar telah menyaksikan anak kelahiran Kelantan Nur Farah Idayu Yaakob, atau lebih dikenali sebagai Idayu, sebagai juara sulung rancangan realiti popular Malaysia ini.

 

Foto Instagram/akademifantasia

Mula melakar namanya dalam industri seni tempatan pada tahun 2005 melalui Akademi Fantasia Musim Ke-3, Idayu walaupun tersingkir pada minggu keempat tidak membenarkan detik itu menjadi penentu kariernya sebagai seorang penyanyi.

 

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on

Idayu menerima hadiah trofi AF Megastar,  wang tunai RM100,000, percutian ke Turki, dan juga e-Gift daripada Go Shop bernilai hampir RM6000.

 

“Terima kasih kepada semua yang sentiasa menyokong sepanjang 12 tahun saya berjuang dalam industri muzik,” ucap Idayu.

 

Idayu berjaya memukau rakyat Malaysia dengan vokalnya sambil dia mendendangkan dua buah lagu “My All”, nyanyian asal vokalis lagenda Mariah Carey, dan juga lagunya barunya sendiri berjudul “Selamanya,” ciptaan Amylea Azizan.

See also
Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab

 

A post shared by AF Megastar (@akademifantasia) on

Malam bersejarah buat Idayu itu juga turut disaksikan dan diiringi komen dan kritikan daripada tiga juri terhormat: Datuk Ramli MS, Syafinaz Selamat, dan Datuk Awie.

 

Bob Yusof mempersembahkan lagu terbarunya “Terbuang Dalam Pelukan” hasil nukilan dirinya sendiri, komposer Hafiz Hamidun dan lagu pilihannya “Bukan Dia Tapi Aku” nyanyian asal oleh Judika.

Marsha pula mendendangkan lagu asal hasil nukilan Ezra Kon, Omar K, dan Dilyla Khalid,”Hilang,” dan lagu nyanyian asal Kris Dayanti, “Pilihlah Aku.”

 

Juara Duo Star, Syamel, pula menyanyikan lagunya sendiri “Biar Cinta” dan telah memilih lagu oleh Datuk Jamal Abdillah “Seniman Menangis.”

 

Syamel, juara AF8, pula mendenangkan lagu asli olehnya dan Awi Rafael “Mama Jangan Pergi” dan juga lagu pilihannya “Tapi Bukan Aku” oleh Kerispatih.