Status Hubungan Juliana Evans Kini Bukan Lagi Classified Information - Glam Malaysia

Status Hubungan Juliana Evans Kini Bukan Lagi Classified Information

Teks: Yusairi Fitri

 

Sepanjang bual bicara, Jue sesekali membalas pesanan ringkas daripada aplikasi whatsappnya. Sempat saya menjeling, riak wajahnya berubah tersipu-sipu. Yes, jerit hati saya untuk mencari ruang masuk ke isu yang hangat diperkatakan ini. Siapa lelakinya? Saya terus meleret panjang meneroka helaian gambar di setiap instagramnya dan ternampak gambar Jue bersama Tengku Adeq atau nama sebenarnya YM Tengku Sharifuddin Shah.

 

Gambar: GLAM Malaysia

What do you think?” Tangkas Jue menoktahkan gelora hati saya merenung putera hatinya. “Perfect! Berketurunan kerabat diraja lagi.” Balas saya. Seperti insan seni lain, Jue pasti lali dengan pertanyaan klise mengenai cinta dan persoalan statusnya. Mungkin dek kerana kerakusan gosip lalu yang berkesudahan dengan reputasi yang tidak enak membuatkan dia selesa berdiam diri dan tidak terlalu terbuka dengan hal peribadinya.

 

Jue pernah berkelana tanpa teman istimewa, tetapi itu dulu. Kini segalanya berubah dan saya mahukan jawapan yang ikhlas daripadanya. Kenapa mahu berahsia? “Saya selesa untuk tidak menghebahkannya. Buat yang tidak mengetahui, saya tidak ada sebab untuk memberikan penjelasanan kerana selain keluarga hanya teman rapat sahaja yang mengetahui mengenai perkara ini. Ada sesetengah perkara perlu saya simpan sebagai kisah peribadi. We don’t owe anyone an explanation.

 

Gambar: GLAM Malaysia

Adakalanya media masa kini sering melaporkan sesuatu yang salah. Jadi, lebih baik saya tidak ulas panjang mengenainya .” Bagaimana perkenalan ini bermula? “It all started when I met Tengku Jamidah and husband to talk about her fashion label, Thavia dan dari situ saya mula terdengar nama Tengku Adeq disebut-sebut. Sejujurnya waktu itu saya masih single dan tidak sangka semasa pertama kali bertentang mata dengannya di satu majlis sosial, frankly my hearts was pounding too hard! And the rest is history.

See also
Retorik: Oh My Modesty!

 

Pada usia perkenalan yang baru mencecah usia setahun sembilan bulan, Jue tampak selesa dengan Tengku Adeq. Keserasian mereka bersama bukan lagi rahsia. Di mata saya Jue membawa imej wanita ideal yang serba serbinya baik belaka. Tengku Adeq juga baik budi pekertinya, tidak pernah lekang dengan senyuman. Jikalau terserempak di majlis sosial, dia cukup disegani. Ditanya mengenai penerimaan keluarganya, Jue memberitahu. “Ibu dan ahli keluarga yang lain tidak pernah jemu mendoakan kebahagiaan kami. Sejak kali pertama Tengku Adeq bertemu ibu sewaktu hadir di majlis perkahwinan abang saya, mereka saling memuji dan mengenali antara satu sama lain. Tengku Adeq tahu menyesuaikan diri dengan orang baru, penyayang, suka berjenaka dan easy going. Begitu juga dengan keluarga di sebelahnya, Jue kerap kali bertemu ayahanda dan bonda Tengku Adeq dan mereka sangat baik serta banyak membantu Jue untuk memahami tertib dan nilai keluarganya.

 

Usik saya apakah Tengku Adeq sering memanjakannya dengan bunga dan coklat? Jue pantas menidakkannya. I’m not that kind of girl who craves a bouquet of flowers especially roses dan coklat. Saya seorang yang mudah, tidak fussy on details , cukup bawa saya makan di restoran dengan seleksi menu yang menarik dan merancang percutian di tepi pantai yang privasi, sempurna. Saya cuba mendasari perasaan hatinya dan dengan jujur dia menjawab. “Yes, We’re in love. Bersamanya saya bisa menjadi diri sendiri dan keserasian ini menguatkan lagi cinta kami.” InsyaAllah nantikan perkhabaran yang gembira daripada kami nanti.” Kata Jue lagi menutup kisah romantiknya.

See also
Shah Rukh Khan dan Anak Bongsunya Dilihat Mempunyai Tatu Yang Sama