Siapa Pemegang Watak Kate Middleton Dalam Filem King Charles III? - Glam Malaysia

Siapa Pemegang Watak Kate Middleton Dalam Filem King Charles III?

Everyone loves the idea of living like a royal!

 

 

Jika sebelum ini kami dipegunkan dengan kehadiran rancangan The Crown oleh Netflix, saluran BBC2 baru sahaja mengumumkan siri baru yang berkisar tentang monarki Britain itu! Menurut sebuah laporan dari BBC, saluran itu telah diberi komisen untuk membuat sebuah filem televisen adaptasi teater King Charles III nukilan Mike Barlett.

 

Plot filem itu berperihal pergolakkan monarki itu ketika kenaikkan takhta Raja Charles selepas kemangkatan Ratu Elizabeth II yang tercetus selepas baginda enggan menandatangani rang undang-undang berkontroversi.

 

Dan yang paling tidak dijangkakan ialah pemegang watak Kate Middleton bagi filem televisyen yang akan ditayangkan tidak lama lagi itu. Charlotte Riley telah dipilih untuk memainkan watak Duchess of Cambridge! Pelakon berkelahiran Britain itu terkenal dengan watak beliau dalam filem London Has Fallen serta Peaky Blinders.

 

“Ia merupakan sebuah projek yang unik,” kata Charlotte kepada BBC akan tanggungjawabnya untuk memainkan seorang yang memang wujud tetapi diimaginasikan. “Kate Middleton merupak seorang wanita yang sangat menarik, terutamanya dalam konteks [filem] ini dan ia merupakan sebuah cabaran yang saya nanti-nantikan!” sambung rupawan itu.

See also
GLAM Exposé: Kemaruk Sekolah Swasta, Sosialit Sanggup Dibelit Hutang

 

 

Oleh: Aizat Azman Shah