Shailene Woodley Ditangkap Atas Tuduhan "Criminal Trespassing" - Glam Malaysia

Shailene Woodley Ditangkap Atas Tuduhan “Criminal Trespassing”

https://www.instagram.com/p/BLbu8KHhADN/?taken-by=zoeisabellakravitz
 
Heroin filem Divergent ditahan semalam selepas terlibat dalam protes terhadap projek Dakota Access Pipeline. Woodley yang juga merupakan seorang environmental activist dihalang ketika ingin meninggalkan lokasi demonstrasi tersebut bersama ibunya.
 
Ketika dihalang, Woodley mempersoalkan mengapa dia ditahan sedangkan dia mengikut arahan pihak berkuasa untuk bersurai namun tiada jawapan kukuh diterima. Insiden tersebut berjaya dirakamkan ibu Woodley.
 
Aktres ini telah dibebaskan dari penjara Morton County, North Dakota selepas membayar denda sebanyak USD 500. Walaubagaimanapun, dia masih perlu hadir ke mahkamah untuk perbicaraan pada 24 Oktober 2016.
 
Selepas dibebaskan, Woodley berterima kasih atas segala sokongan yang diterima namun dia masih tetap fokus untuk terus membantah projek tersebut kerana ia akan mengancam laluan dan kualiti air semulajadi serta merosakkan tempat bersejarah yang suci buat kaum Native American.
 
https://www.youtube.com/watch?v=NJgAAOZSFjE
 
Oleh: Lylatul Qadrina