Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes - Page 4 of 9 - Glam Malaysia

Senarai Penghibur Wanita Paling Kaya Oleh Forbes

Forbes telah mengeluarkan senarai wanita paling kaya tahunan mereka dan senarai ini terdiri daripada sembilan orang wanita yang telah berjaya mengaut keuntungan dengan usaha keras mereka sendiri. Secara keseluruhannya semua wanita ini mengambil kira sebanyak 15% daripada senarai Top 60 Forbes dan jumlah harta mereka adalah $6 bilion.

 

Untuk mengambil kira nilai harta wanita-wanita ini, Forbes mengambil kira aset setiap individu termasuk nilai mereka dalam syarikat awam dan swasta, hartanah, koleksi seni, dan beberapa aset lain yang memainkan peranan.

 

Kelayakan untuk memasuki senarai ini adalah wanita-wanita ini harus meraih keuntungan besar oleh diri mereka sendiri dan menjadi rakyat U.S. atau penduduk tetap U.S..

 

Ketahui siapa wanita-wanita yang berjaya dalam industri hiburan Hollywood ini.

4 of 9

Barba Streisand

Foto: Robert Deutsch

Seorang ikon dalam pelbagai bidang hiburan, Barbra Streisand berada di tempat ke-4 dengan $390 juta. Penyanyi lagenda ini berjaya mendapat $46 juta untuk 14 persembahan pada tahun lepas.