Selena Gomez Sering Dibuli Sewaktu Bersama Disney Channel - Glam Malaysia

Selena Gomez Sering Dibuli Sewaktu Bersama Disney Channel

Penyanyi, pelakon dan sekarang penerbit Selena Gomez berkongsi pengalaman beliau dibuli sewaktu hari-harinya bersama Disney Channel.

 

Dia juga menggambarkan pengalamannya sebagai “the biggest high school in the world.

 

Dalam temubualnya bersama New York Times Gomez juga menerangkan sebab dia membuat keputusan untuk mengambil projek drama bersiri di Netflix berdasarkan novel Thirteen Reason Why oleh Jay Asher yang mengisahkan seorang pelajar yang mengambil nyawanya sendiri selepas dibuli di sekolahnya.

 

“Saya fikir dia faham yang saya memahami erti dibuli. Saya menghadiri high school paling besar di dunia, Disney Channel. Dan ibu saya juga mempunyai sejarah dalam menghadapi pembulian. Saya mendengar kisah-kisahnya sewaktu membesar,” nyata penyanyi tersebut.

 

Mandy Teefey, ibu kepada Selena, juga merupakan salah seorang penerbit untuk drama bersiri tersebut dan dia sendiri berkongsi kisah pembuliannya sewaktu dia membesar di Texas.

 

“Sewaktu saya membesar, saya sering dibuli kerana saya orang luar, gadis pelik dengan rambut berona ungu dan combat boots. Selepas itu saya menjadi seorang ibu pada usia yang muda. Ada juga kaunselor yang memberitahu saya yang saya sudah merosakkan hidup saya, hidup Selena dan juga suami saya, walaupun dia juga terlibat dalam hal ini.”

See also
Ikon Fesyen: Twiggy

 

Gomez yang memegang rekod dengan bilangan pengikut terbanyak di Instagram juga mengaku bahawa dia masih lagi tidak boleh membiasakan diri apabila dicemuh atau dibuli dan membuang aplikasi tersebut sekurang-kurangnya sekali seminggu.