Selena Gomez Sebagai Muka Baru Coach - Glam Malaysia

Selena Gomez Sebagai Muka Baru Coach

 

Jenama ternama Coach baru-baru ini menyambut ulangtahunnya yang ke-75 dengan kehadiran selebriti-selebriti ternama untuk memeriahkan lagi parti tersebut.

 

Coach membuat satu lagi kejutan dengan mengumumkan bahawa mereka akan menjemput Selena Gomez untuk menyertai mereka sebagai muka jenama tersebut dengan bayaran $10 juta.

 

Selena bakal menjadi muka baru Coach dan dilaporkan akan menghasil dan mengeluarkan koleksinya sendiri.

 

Spesifikasi tentang kolaborasi ini masih belum lagi diumumkan tetapi ini bukanlah kali pertama Selena bergabung tenaga dengan jenama terkenal. Coach mungkin membuat keputusan yang amat bijak dengan Selena sebagai muka baru mereka kerana dia merupakan selebriti dengan pengikut terbanyak di Instagram. Kebetulan?

 

Oleh: Ai Nazmi Norzaid