Sehari Selepas Pemergian Carrie Fisher, Ibunya Menyusul - Glam Malaysia

Sehari Selepas Pemergian Carrie Fisher, Ibunya Menyusul

Foto: © face to face via ZUMA Press

Foto: © face to face via ZUMA Press

Dunia masih lagi berkabung dengan pemergian Franca Sozzani, George Michael dan berita pemergian Carrie Fisher semalam. Kini Mary Frances “Debbie” Reynolds, ibu kepada mendiang Carrie Fisher pula meninggal dunia di usia 84 tahun.

 

Anak lelaki Debbie, Todd Fisher, mengesahkan kematiannya pada hari Rabu semalam.

 

Carrie Fisher, Debbie Reynolds dan Billie Lourd Foto: ©Alpha Press

Carrie Fisher, Debbie Reynolds dan Billie Lourd
Foto: ©Alpha Press

“Dia sekarang bersama Carrie dan kami semua sangat sedih,” kata Todd ketika berada di Cedars-Sinai Medical Center di mana Debbie telah dibawa oleh ambulans awal Rabu.

 

Todd juga menyatakan pemergian kakanya Carrie memberikan tekanan yang hebat kepada Debbie.

 

Debbie Reynolds dan Carrie Fisher Foto: ©Alpha Press

Debbie Reynolds dan Carrie Fisher
Foto: ©Alpha Press

“Dia berkata, “Saya mahu bersama dengan Carrie,’” kata anak lelakinya itu. “Dan selepas itu dia tiada.”

 

Kisah hidup Debbie Reynolds sebenarnya membentuk dirinya yang sekarang dengan 3 perkahwinan yang tidak berjaya dan juga perjalanan  kerjayanya yang menarik.

See also
Gucci Meraikan Revolusi & Pemberontakan Jiwa Golongan Muda

 

 

Dia kehilangan seorang suami Eddie Fisher kepada Elizabeth Taylor dan dua lagi bekas suaminya mengikis habis duitnya.

 

Gene Kelly dan Debbie Reynolds

Gene Kelly dan Debbie Reynolds

Kerjaya seni Debbie melonjak melalui pementasan muzikal ‘Singin in The Rain’ pada tahun 1952 yang turut dibintangi Gene Kelly dan Donald O’Connor. Walaupun pada mulanya Gene Kelly menentang pengambilan Debbie kerana dia tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam tarian ketika itu.

 

Dalam satu temu bual bersama Debbie pada tahun 1999, Debbie menyatakan bahawa dia belajar semuanya dalam tempoh 3 ke 6 bulan. Dia berusia 19 tahun pada masa itu.

 

Debbie juga memainkan watak ikonik di dalam ‘Tammy and The Bachelor’ dan ‘The Unsinkable Molly Brown’ yang memnaikkan namanya sehingga dicalonkan untuk Oscar.

 

Dia juga pernah muncul dalam pementasan Broadway ‘Irene’ bersama dengan mendiang anaknya Carrie.

 

Carrie Fisher,  Debbie Reynolds, pemenang anugerah pencapaian hidup Screen Actors, dan Billie Lourd. Foto: Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

Carrie Fisher, Debbie Reynolds, pemenang anugerah pencapaian hidup Screen Actors Guild, dan Billie Lourd.
Foto: Jim Ruymen/UPI Photo via Newscom

Pada tahun 2015 Debbie dianugerahkan dengan anugerah pencapaian hidup oleh Screen Actors Guild dan anugerah tersebut disampaikan oleh mendiang Carrie Fisher.

See also
Poova - Artis Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik

 

Rest in peace, Debbie Reynolds.