Sebuah Meme Di Twitter Antara Rihanna dan Lupita Nyong'o Bakal Menjadi Kenyataan - Glam Malaysia

Sebuah Meme Di Twitter Antara Rihanna dan Lupita Nyong’o Bakal Menjadi Kenyataan

 

Apa yang bermula sebagai meme di lama media sosial Twitter akhirnya bakal menjadi kenyataan untuk penyanyi Rihanna dan pelakon berbakat Lupita Nyong’o.

 

Semuanya bermula dengan tweet oleh pengguna Twitter @1800SadGal bergurau senda menggunakan foto Rihanna dan Nyong’o sewaktu mereka menghadiri pertunjukan fesyen Miu Miu pada tahun 2014 dengan kapsyen:

 

“Rihanna looks like she scams rich white men and lupita is the computer smart best friend that helps plan the scans.”

 

Nyong’o yang menjumpai tweet tersebut menyebut nama Rihanna melalui Twitter di mana kedua-duanya bersetuju untuk menjayakan idea ini sebagai sebuah filem dan interaksi mereka ini membuatkan dunia Twitter menjadi gila memikirkan kebarangkalian filem ini akan berlaku.

 

Tweet ini juga kemudian melibatkan pengarah Selma Ava DuVernay dan juga pelakon/penulis Issa Rae untuk membantu menjayakan projek ini di mana kedua-duanya telah bersetuju jika diberi peluang.

See also
GLAM Pick: Coachella Valley Music and Arts Festival (Minggu 1)

 

Well, nampaknya filem ini bakal menjadi realiti dengan bantuan Netflix yang memenangi pembidaan untuk projek ini dan Rae sendiri sudah mula menulis skrip untuk projek ini.

 

THIS IS AMAZING!