Sebuah Era Berakhir, Colette Labuhkan Langsir - Glam Malaysia

Sebuah Era Berakhir, Colette Labuhkan Langsir

 

Sebuah berita sedih melanda dunia fesyen: Butik terkenal di kota fesyen Paris, yakni Colette bakal memberhentikan business selepas lebih 20 tahun. “Segala perkata baik ada pengakhirannya, dan selepas 20 tahun yang cukup bermakna, Colette bakal mengakhirkan perniagaan pada 20 Disember tahun ini,” kata mereka dalam sebuah penjelasan.

 

Colette merupakan sebuah butik konsep bernadakan fesyen alternatif. Diilhamkan pada tahun 1997 oleh Colette Roussaux, butik itu kini dijalankan oleh anaknya, Sarah Andelmann, seorang graduan seni halus dan intern majalah Purple. Hal ini diketengahkan kerana Colette Roussaux dikatakan ingin masa bersendirian dan tiadanya Colette tanpa Colette.

 

 

Sarah, yang sememangnya terkenal dalam dunia fesyen kerana gaya dan stail perobadinya yang luar biasa serta barangan janggal yang dijualnya, telah menjadikan butik itu sebagai salah satu destinasi fesyen tersohor di kota Paris. Kombinasi Colette yang menggabungkan pelbagai pilihan dari rumah-rumah fesyen beserta rangkaian label jalanan menjadikannya antara hub fesyen di kalangan penggemar industri ini. Colette juga sering mempamerkan dan menjadi stokis bagi koleksi-koleksi dari jenama Rodarte, Mary Katrantzou, Proenza Schouler dan Simone Rocha.

See also
Kisah Baru Natalie Portman & Miss Dior

 

Colette ditakrif sebagai antara salah sebuah butik berkonsep termasyur di seantero dunia. Butik-butik konsep yang lain ialah seperti Dover Street Market yang dibuka di London pada tahun 2003, diikuti di Tokyo dan kota New York pada tahun 2006 dan 2013 (secara respektif), di samping 10 Corso Como di Milan, Beijing, Shanghai, Seoul dan juga bakal dibuka di New York pada tahun hadapan.

 

 

Rumah fesyen Perancis, Saint Laurent dikatakan ingin mengambil alih lokasi butik Colette di Rue Saint-Honoré, kata wakil mereka. “Rundingan bakal dijalankan tidak lama lagi bersama Saint Laurent dan kami amat berbangga bahawa sebuah jenama ikonik, yang sering berkolaborasi bersama kami akan mengambil alih alamat kami,” tulis penjelasan itu. Butik tiga tingkat itu berkeluasan lebih 8,000 kaki persegi.