Scarlett Johansson Berpisah Dengan Suaminya Selepas Dua Tahun - Glam Malaysia

Scarlett Johansson Berpisah Dengan Suaminya Selepas Dua Tahun

Selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, Scarlett Johansson dan suaminya Romain Dauriac akhirnya berpisah.

 

Foto: Valerie Macon AFP/Getty Images

Satu sumber yang rapat dengan pasangan tersebut telah mengesahkan kepada PEOPLE yang mereka telah berpisah semenjak musim panas tahun lepas. Scarlett juga dilihat menghadiri Women’s March di Washington, D.C. tanpa mengenakan cincin perkahwinannya.

 

Foto: Elder Ordonez/INSTARimages.com

Scarlett dilihat bersama dengan Romain buat pertama kalinya pada Oktober 2012 ketika mereka sedang menikmati makan tengahari di New York.

 

Foto: Elder Ordonez/INSTARimages.com

Semenjak itu kedua-duanya sangat berahsia mengenai hubungan mereka dan majlis perkahwinan mereka juga diadakan secara rahsia dan kecil-kecilan pada Oktober 2014 sejurus selepas kelahiran anak perempuan mereka Rose Dorothy.

 

Satu lagi sumber dari pihak Romain juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka sudah menantikan untuk seketika waktu kerana hubungan pasangan tersebut seperti tidak masuk akal bagi mereka.

 

Scarlett Johansson dan Romain Dauriac semasa pembukaan Yummy Pop di Theatre du Gymnase pada December 2016
Foto: Pascal Le Segretain/Getty Images

Kedua-duanya masih lagi mengekalkan hubungan mereka sebagai rakan berniaga untuk perniagaan bertih jagung mereka Yummy Pop kerana mereka berdua menghadiri pembukaan kedai bertih jagung mereka di Paris pada Disember lepas.

See also
Petua Tradisional Untuk Merawat Masalah Kulit