Rihanna Sendiri Tampil Untuk Mendidik Presiden Donald Trump

Rihanna Sendiri Tampil Untuk Mendidik Presiden Donald Trump

Dengan kejayaan berterusan dengan karier nyanyiannya, menceburi industri fesyen dengan Fenty Puma, dan baru-baru ini dengan jayanya melancarkan Fenty Beauty, Rihanna juga merupakan seorang aktivis dan telah lama memperjuangkan pendidikan, kesihatan, dan pencegahan kanser melalui Clara Lionel Foundation yang ditubuhkan pada tahun 2012.

 

Foto Oscar Gonzalez/NurPhoto

Seperti selebriti-selebriti Hollywood yang lain, dia sendiri telah mencuba untuk mengetengahkan isu Hurricane Irma yang telah melanda beberapa kawasan kepulauan baru-baru ini meninggalkan kesan yang sangat dahsyat terhadap kawasan yang terlibat.

 

Dan kini Rihanna sedang rancak memberikan fokus kepada Puerto Rico yang terpaksa berdepan dengan Hurricane Maria dan menerangkan betapa teruknya kesan ribut itu terhadap negara itu. Namun nampaknya penyanyi tersebut juga menujukan fokusnya itu untuk mendidik none other than Presiden Amerika Syarikat sendiri, Donald Trump.

 

Hurricane Maria telah mengorbankan 16 orang penduduk tempatan dan menyebabkan berjuta penduduk kehilangan punca tenaga elektrik dan bekalan air bersih.

See also
Model Fernanda Ly Bersuara Perihal Realiti Kerjaya Seorang Model

 

Tweet pertama rihanna kepada presiden tersebut adalah pautan kepada sebuah klip video yang menerangkan situasi Puerto Rico ikutan Hurricane Maria.

 

Tweet kedua Rihanna kepada lelaki itu pula juga merupakan pautan daripada CBS News yang juga mengandungi klip video datuk bandar San Juan yang menyampaikan ucapannya juga cuba untuk menerangkan keadaan di sana disebalik tangisannya.

 

Selain daripada dua tweet ini, Rihanna tidak menerangkan kenapa dia memilih untuk berkongsikan pautan-pautan ini dengan presiden itu namun sebabnya agak jelas sebenarnya.

 

Presiden Trump, pada hari yang sama dan selepas enam hari Puerto Rica dilanda bencana, telah mengkritik negara tersebut tanpa menghiraukan bencana yang telah mereka hadapi dan proses baik pulih yang mereka harus lakukan. Apabila membincangkan perihal Puerto Rico ini, Presiden Trump memilih untuk menyentuh isu ekonomi terdahulu sebelum dia memastikan yang bantuan akan diberi kepada Puerto Rico.

See also
Meghan Markle Bakal Berpindah Ke Kensington Palace Untuk Bersama Putera Harry