Rihanna Enggan Melayan Netizen Yang Mengkritik Tubuhnya

Berita

Rihanna Enggan Melayan Netizen Yang Mengkritik Tubuhnya

219

Queen of fashion Rihanna nampaknya enggan mengambil peduli berkenaan komen netizen mengenai tubuh badannya.

 

Foto: Famous/Ace Pictures

Baru-baru ini netizen merasakan mereka layak untuk menegur Rihanna berkenaan badannya dan Rih was not having it.

 

Sebagai respon kepada teguran netizen-netizen yang tidak diminta oleh penyanyi tersebut, Rihanna berkongsikan meme yang sering digunakan oleh orang ramai untuk mendiamkan sesiapa sahaja yang ingin membincangkan rupa tubuh badan seseorang: The Gucci Mane Meme.

 

Dengan kapsyen “If you can’t handle me at my 2007 Gucci Mane, you don’t deserve me at my 2017 Gucci Mane” di atas gambar perbandingan rapper tersebut pada tahun 2007 dengan bentuk tubuh yang lebih besar di sebelah fotonya pada tahun 2017 dengan susuk tubuh yang lebih kecil.

 

Laman sesawang Barstool Sports juga mengambil peluang ini untuk memperlekehkan Rihanna dengan rencana mereka yang bertajuk “Is Rihanna Going to Make Being Fat the Hot New Trend?” yang kemudiannya diturunkan daripada laman tersebut selepas menerima kritikan hebat daripada penyokong Rihanna.

 

Manakala laman sesawang seperti Buzzfeed pula memberikan sokongan yang lebih positif terhadap perubahan fizikal Rihanna dengan judulnya “Rihanna’s Getting Thick and Fans Are Rejoicing.”

 

Honestly though, kenapa perlu ada stigma terhadap bentuk tubuh badan seseorang?

 

?

A post shared by badgalriri (@badgalriri) on

Your email address will not be published. Required fields are marked *