Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik! - Glam Malaysia

Ratu Pop, Madonna Muncul Semula Di Radar Muzik!

Are you ready for it? 

 

Foto: WENN.com

Madonna baru-baru ini dikhabarkan bakal kembali ke radar muzik! Pasti ramai peminat tertanya-tanya akan foto-foto yang dimuat naik Ratu Pop itu di laman Instagram beberapa hari lalu. Madge dikatakan telah berhijrah ke Portugal buat chapter seterusnya dalam kehidupan, iaitu 2 projek yang akan diumumkan tidak lama lagi! 

 

The energy of Portugal is so inspiring!” tulis beliau buat salah satu gambar tersebut. “I feel very creative and alive here and I look forward to working on my film LOVED and making New Music!!! … This will be the next Chapter in My Book! It’s time to conquer the world from a different vantage point!

 

 

Buat foto keduanya, peraih tujuh Anugerah Grammy itu kapsyenkan, “I used to be a basket case but now I live in Lisbon!” Penyanyi ternama itu mula jatuh cinta akan negara Eropah Barat itu selepas tour beliau pada tahun 2004, yakni Re-Invention World Tour, yang berakhir di Lisbon, dedah seorang jurucakap beliau kepada Associated Press.

 

“Ia menyentuh berbagai-bagai topik penting yang saya sering ketengahkan — hak wanita, hak kaum homoseksual, hak asas sivil — sering berjuang buat mereka yang ditindas,” luah Madonna tentang filem beliau yang akan datang, Loved. Beliau berkata bahawa filem tersebut merupakan adaptasi novel Andrew Sean Greer, yang berjudul The Impossible Lives of Greta Wells.

 

“Mengapa saya tertarik akan novel ini? Mengapa saya ingin adaptasikannya menjadi sebuah filem? Kerana saya tersentuh [dengan buku tersebut] pada tahap yang tidak terkata. Ia turut menangani pelbagai topik penting. Buat masa ini, lebih dari sebelumnya, masa sangat tepat untuk menceritakannya.”

 

Loved merupakan kali keempat Madonna menempa nama dalam dunia arahan — kali terakhir adalah pada tahun 2013 buat Secret Project Revolution, sebuah filem pendek. Album keluaran Madonna yang terakhir ialah Rebel Heart dua tahun lepas, rekod beliau yang ke-13.