Rahsia Keremajaan ‘Heavenly Qi’

Berita, Cantik

Rahsia Keremajaan ‘Heavenly Qi’

2428

Jika ditanya, setiap wanita pastinya mendambakan kulit wajah yang muda, berseri dan sentiasa tampak cantik biar pun tidak dioles dengan solekan. Namun, hakikatnya, selepas menginjak usia 35 tahun, seorang wanita akan mengalami perubahan yang ketara lebih-lebih apabila wajah mula tampak kusam, tidak berseri dan kendur. Dan apabila usia menginjak 45 tahun ke atas, kesemua faktor penuaan ini menjadi lebih ketara. Dalam memahami punca sebenar ini, THE FACE SHOP telah menemui rahsia rekod perubatan tradisional kuno, yakni Huangdi Neijing, yang mengatakan bahawa kesemua faktor  penuaan ini disebabkan kehilangan tenaga yang dikenali sebagai ‘Heavenly Qi’.

Apakah ‘Heavenly Qi’? 

Ini merujuk kepada cecair penting berharga di dalam badan, bagaimana pun seiring dengan penuaan, cecair yang dikenali sebagai Heavenly Qi ini juga menurun, dan ia jelas kelihatan pada kedutan, ketidak anjalan dan tidak berseri.

Menerusi Siri Yehwadam Hwansaenggo Ultimate Rejuvenating, THE FACE SHOP menggabungkan pengetahuan penjagaan kulit Korea dengan faedah penyembuhan menerusi ekstrak herba. Diangkat sebagai siri Yehwadam paling mewah, Hwansaenggo Ultimate mampu mengembalikan keremajaan dengan dua kompleks herba eksklusif dalam memulihkan daya hidup serta menyerikan kulit wajah.

Yehwadam Hwansaenggo Ultimate Rejuvenating  berpaksi pada dua kompleks herba eksklusif untuk memulihkan keremajaan, kecergasan dan cahaya kepada kulit iaitu  Kompleks Cheon-hye-myeong-ui-dan & Kompleks Bp-Yoon-dan. 

Kompleks Cheon-hye-myeong-ui-dan

Dalam Dongui Bogam, teks Perubatan Tradisional Korea, kehilangan “Heavenly Qi” di dalam badan melemahkan tenaga tubuh, lantas yang membawa kepada tanda-tanda penuaan. Dipilih berdasarkan keharmonian dan daya keseimbangan untuk kulit, gabungan unik 3 ramuan utama yang berkesan meningkatkan cecair penting di dalam sel-sel badan.

Ginseng Liar: Tumbuhan yang sangat berharga, hanya digunakan untuk golongan diraja, Ia menggalakkan tindakan anti-penuaan dan pelembab.
Cendawan Phellinus Linteus : Efek antioksidan yang sangat baik, kaya dengan asid amino untuk mengurangkan gejala penyakit wanita.
Cendawan Lingzhi: Memperkuat keanjalan kulit, meningkatkan kulit dengan meningkatkan tenaga.

Kompleks Bo-yoon-dan

Untuk melengkapkan Kompleks Cheon-hye-myeong-ui-dan, dua bahan yang sangat penting memberikan khasiat yang mendalam kepada lapisan kulit yang paling dalam.
Truffle Putih: Seperti berlian yang boleh dimakan yang dikebumikan di bawah tanah, White Truffles dikenali dengan faedah meningkatkan tenaga, mengaktifkan Qi badan.
Serbuk Tanduk Rusa : Terkenal dengan kesan pemulihannya, serbuk tanduk Rusa memperkuatkan, menyuburkan darah dan meningkatkan tenaga.

Siri Rejuvenating Ultimate Yehwadam Hwansaenggo boleh didapati di rangkaian THE FACE SHOP terpilih dan Zalora mulai Julai 2019.

Siri ini  turut dibintangi oleh toner, serum, emulsi, krim mata dan krim. Diantara kesemua ini, disyorkan Yehwadam Hwanseanggo Ultimate Rejuvenating Cream set 50ml dan diikuti dengan deluxe toner, emulsi dan serum. Yehwadam Hwanseanggo Ultimate Rejuvenating Cream bertekstur lembut dan membalut kulit wajah bak kepompong dan memberikan seri keremajaan berseri. Ceramides meminimumkan kedutan secara mendalam, manakala Teknologi Pengemulsian Elastik bertindak seperti band getah yang tidak kelihatan untuk mengkonturkan wajah.

1 of 4
Use your ← → (arrow) keys to browse

YEHWADAM HWANSAENGGO ULTIMATE REJUVENATING EYE CREAM (25ML), RM300 Formulasi ringan yang baik untuk kontur mata dan bebas daripada pengawet, pewarna dan alkohol yang berbahaya

Your email address will not be published. Required fields are marked *