Princess Mako Bakal Kehilangan Statusnya Dengan Mengahwini Rakyat Marhaen - Glam Malaysia

Princess Mako Bakal Kehilangan Statusnya Dengan Mengahwini Rakyat Marhaen

Melepaskan sesuatu yang besar seperti status sebagai kerabat diraja bukanlah satu perkara yang mudah. Namun itulah yang bakal dilakukan oleh Puteri Mako of Akishino (2), cucu sulung Maharaja Akihito dan Maharani Michiko.

 

Foto: Motoo Naka/AFLO

Pihak istana telah mengeluarkan kenyataan kepada CNN bahawa Puteri Mako bakal bertunang dengan seorang lelaki marhaen bernama Kei Komuro yang merupakan seorang pekerja di sebuah firma peguam.

 

Komuro dan Puteri Mako bertemu pada lima tahun yang lalu di Universiti Antarabangsa Kristian di Tokyo dan dalam jangka masa itu juga lah Komuro dipilih untuk membintangi sebuah kempen pelancongan yang diberi nama “Prince of the Sea.”

 

Kei Komuro

Yakni sudah menjadi undang-undang untuk keraba diraja Jepun jikalau mereka berkahwin dengan rakyat marhaen, mereka harus melepaskan status mereka. Individu terakhir yang berbuat demikian sebelum ini adalah ibu saudara kepada Puteri Mako, Sayako pada tahun 2005.

 

Berita ini sebenarnya menimbulkan kerisauan dalam kalangan rakyat dan juga keluarga diraja kerana bilangan ahli kerabat diraja sudah makin berkurang.

See also
6 Tetamu Bergaya di Majlis Perkahwinan Bunga Citra Lestari

 

Ia juga termaktub dalam undang-undang mereka bahawa Chrysanthemum Throne hanya boleh diwarisi oleh waris lelaki sahaja dan setakat ini hanya empat orang sahaj yang layak untuk mewarisi takhta tersebut: Putera Mahkota Naruhito, Putera Fumihoto, Putera Hisahito (anak Putera Fumihito), dan adik Maharaja Akihito, Putera Masahito.