Putera William Dicalonkan Untuk Anugerah Yang Dia Tidak Sangkakan - Glam Malaysia

Putera William Dicalonkan Untuk Anugerah Yang Dia Tidak Sangkakan

Dalam kesibukan Duke of Cambridge Putera William dan isterinya Kate Middleton bersiap-sedia untuk berpindah ke London, Putera William telah dicalonkan untuk anugerah yang dia tidak pernah sangkakan.

 

Putera William dan Kate Middleton menghadiri Anugerah BAFTA baru-baru ini
Foto: Vivienne Vincent/Landmark Media

Selain daripada menjadi kerabat diraja pertama untuk menghiasi muka hadapan sebuah majalah LGBTQIA+ Attitude, Putera William telah menerima pencalonan untuk menerima Anugerah LGBT untuk kategori “Straight Ally”.

 

Pada May 2016, Putera William telah menjemput wakil daripada majalah Attittude dan beberapa orang wakil daripada komuniti LGBTQIA+ ke Istana Kensington untuk berkongsikan kisah mereka.

 

Foto: Vivienne Vincent/Landmark Media

Pengasasas Anugerah NatWest Brisith LGBT 2017 Sarah Garrett menerangkan bahawa anugerah ini bakal menampilkan mereka yang telah memberikan inspirasi dan berterusan mengunakan landasan mereka untuk membantu dan menyokong hak-hak LGBT serata dunia

 

“Kesemua calon memang layak mendapat tempat dalam senarai pendek kami tetapi sekarang giliran khalayak umum pula untuk memilih pemenang mereka sebelum upacara ini berlangsung di London pada 12 May ini,” sambung Sarah lagi.

See also
Tip Kembara

 

Selain Putera William, nama-nama besar lain yang turut tercalon untuk kategori yang sama adalah Ariana Grande, Macklemore, Emma Watson, Anne Hathaway, Patrick Stewart, James Corden, Thierry Henry dan juga JK Rowling.