Putera Harry Dikhabarkan Bersama Meghan Markle - Glam Malaysia

Putera Harry Dikhabarkan Bersama Meghan Markle

meghanprinceharry

 

Desas-desus berita antarabangsa mengkhabarkan bahawa seorang kerabat diraja Britain, Putera Harry sedang menjalinkan hubungan bersama pelakon, Meghan Markle. Meghan terkenal dengan wataknya sebagai Rachel Zane dalam rancangan Suits.

 

Putera Harry sememangnya jejaka idaman ramai, bukan sahaja kerana statusnya sebagai seorang putera, malah juga kerana penampilan kacak bergayanya.

 

Prince Harry (left) is presented with a gift by Relebohile 'Mutsu' Potsane after watching members of the Basotho Youth Choir during their rehearsals at the Brit School ahead of a performance at the Sentebale Concert.

Perwatakan rendah diri Putera Harry menyebabkan beliau disegani rakyat marhaen.

 

Pasangan tersebut dikatakan bertemu di Kanada ketika lawatan Putera Harry buat the Invictus Games. Akhbar The Sunday Express berkata bahawa pelakon berumur 35 tahun itu telah diperkenalkan kepada kakanda dan ipar putera tersebut, yakni Duke dan Duchess Cambridge dan “mereka terus serasi bersama”.

 

“Mereka merancang untuk mengambil langkah kecil-kecilan dahulu. Beliau [Putera Harry] amat gembira dengan keadaan sekarang dibandingi masa lalu”, kata sebuah sumber dekat.

 

Meghan terkenal dengan wataknya sebagai Rachel Zane dalam rancangan Suits.

 

Putera Harry sebelum ini pernah mengaku akan kesusahan beliau mencari teman sehidup semati. Beliau juga pernah mengatakan rasa gelisah beliau akan kehidupan peribadi pasangannya yang lalu. Hal ini diketengahkan selepas bekas teman-teman wanita beliau dibelenggu lensa kamera paparazzi dan kelakuan asyik para peminat.

See also
Resipi Hujung Minggu - Mango Mousse

 

Meghan merupakan seorang pengguna aktif media sosial, seperti Instagram dan Snapchat. Pelakon berkelahiran Amerika itu juga pernah mendirikan rumahtangga penerbit filem, Trevor Engelson pada tahun 2011 di Jamaica. Akan tetapi, mereka tidak kekal lama; mereka berhaluan masing-masing hanya 2 tahun selepas majlis pernikahannya.

 

Putera Harry sebelum ini pernah menyatakan kebimbangan beliau akan kehidupan peribadi pasangan-pasangannya.

 

Dalam sebuah temuduga bersama majalah GQ pada tahun 2013, Meghan berkata bahawa beliau minat akan “jejaka Britain yang berpakaian musim sejuk”, lelaki yang memakai “seluar jeans dan sepatu Converse” ketika di rumah dan seseorang yang tidak terlalu lama semasa menggunakan bilik air.

 

Meghan diperhati oleh para peminat ketika sedang menonton perlawanan tennis di Wimbledon dalam royal box stadium tersebut pada 4 Jun. Selang beberapa minggu sebelum, beliau memuat naik gambarnya ketika melawat Buckingham Palace. Putera Harry dikhabarkan berada di kota London ketika itu.

 

Pihak Kensington Palace telah dihubungi namun mereka enggan mengeluarkan kenyataan akan perihal peribadi, wakil bagi pihak Meghan pula tidak membalas permintaan untuk memberi komen.

See also
GLAM Februari 2015

 

But whatever it is, looks like we have a new power couple in town!

 

Oleh: Aizat Azman Shah