Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab - Glam Malaysia

Projek Baru Selena Gomez Bersama Netflix Mempunyai 13 Sebab

Nampak gayanya Selena Gomez telah menambah ‘penerbit eksekutif’ ke dalam portfolionya di Hollywood dengan projek terbarunya iaitu sebuah siri asli dari Netflix ‘13 Reasons Why’ yang dikongsikan oleh Selena pada akaun Instagramnya baru-baru ini.

 

Lihat trailer dibawah ini:

 

A peek at a passion project I've been working on with @Netflix. @13ReasonsWhy arrives 3/31.

A video posted by Selena Gomez (@selenagomez) on


 

Cerita yang diasaskan daripada  sebuah buku yang terjual dengan laris oleh penulis Jay Asher mengisahkan seorang gadis bernama Hannah Baker yang mengambil nyawanya sendiri dan meninggalkan 13 keping kaset yang menerangkan kenapa dia berbuat demikian. Setiap kaset yang ditinggalkan Hannah mempunyai informasi mengenai individu yang Hannah kenali dan impak yang telah mereka berikan kepada hidupnya sebelum beliau membunuh diri.

 

Selang beberapa jam selepas itu Selena menerangkan melalui satu swafoto di INstagramnya bahawa semua ini adalah hasil usaha ibunya yang membolehkan dia memulakan projek ini bersama Netflix.

See also
Laporan Fesyen: Semangat Minimalism