Kylie Jenner Mencipta Sejarah Sebagai Billionaire Termuda Dunia

Perkenalkan Kylie Jenner, “Youngest Self-Made Billionaire Ever”

Akibat rasa tidak yakin terhadap bibirnya sendiri, Kylie Jenner menggunakan kelemahannya untuk menghasilkan Kylie Lip Kit yang kini sudah berkembang menjadi sebuah legasi dan empayar buat wanita 21 tahun ini. Bermula dengan penampilannya dalam rancanran realiti TV Keeping Up With The Kardashians Kylie kini sudah menempa nama untuk dirinya sendiri dengan empayar kosmetik dan juga gelaran billioanire menurut laporan rasmi Forbes ini.

 

Forbes menyatakan nilai wanita muda ini dianggarkan mencecah hampir $900 juta hasil daripada Kylie Cosmetics, rancangan realiti, Puma, dan juga PacSun. Ini juga bermakna Kylie bakal merangkul gelaran billionaire termuda era ini mengalahkan pengasas Facebook, Mark Zuckerberg yang bergelar billionaire pada usia 23 tahun dan Evan Spiegel, Snapchat, pada usia awal 20-an.

See also
Eksklusif: Backstage Di Pentas Chanel Musim Luruh 2016

 

Kylie menjawat hanya 12 orang pekerja untuk membangunkan empayarnya. Pembuatan, pembungkusa, dan penjualan semuanya dilakukan meggunakan sumber luar. Pemasaran pula dilakukan oleh Kylie sendiri menggunakan landasan yang dia punyai kepada 110.8 juta pengikut di Instagram dan 25.5 juta di Twitter. Kewangan dan PR pula diuruskan oleh ibunya sendiri, Kris Jenner, dan dia hanya mengambil 10% sahaja daripada keuntungan yang dibuat oleh setiap seorang anaknya. Oleh kerana Kylie tidak berbelanja besar untuk kos overhed dan pemasaran, majoriti keuntungannya terus dirasai oleh Kylie sendiri.

 

Keuntungan Kylie banyak bergantung kepada penggunaan medial sosial yang kerap oleh dirinya sendiri. “Media sosial merupakan satu landasa yang menakjubkan. Memudahkan saya untuk berkomunikasi dengan peminat dan pelanggan.”

 

Setiap kali Kylie berkongsikan foto mahupun video di Instagram, Twitter, dan Snapchat dia pasti akan kongsikan produk-produk terbarunya, produk Kylie Cosmetic yang dia gunakan pada hari tersebut, dan juga video-video swatching yang cukup lazim dengan produk Kylie Cosmetics. Dengan melakukan ini, produk-produk Kylie ditayangkan kepada 100 juta pengikutnya di Instagram sahaja dan berpuluh juta lagi di Twitter dan Snapchat yang kebanyakannya terdiri daripada golongan wanita muda.

See also
GLAM Exposé: The Ugly Truth Of Instagram

 

Kylie terpaksa berhadapan dengan tekanan akibat populariti adik-beradiknya yang lain. Kim dengan permainan video, Kendall yang berkecimpung dalam dunia fesyen, dan Khloé dengan produk-produknya. Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, Kylie mengambil inspirasi dariapada rasa tidak yakinnya sendiri dan mula menggunakan mekap untuk meningkatkan keyakinannya.

 

Membuat keputusan untuk melancarkan Kylie Lip Kit pada tahun 2015, Kylie menggunakan wangnya sendiri untuk menghasilkan 15,000 lip kit pertamanya dan dia sendiri terkejut dengan sambutan yang diterimanya pada hari pertama Kylie Lip Kit dilancarkan yang terjual habis kurang daripada seminit daripada pelancarannya. “Before I even refreshed the page, everything was sold out.”