Perkahwinan Magikal Che Puan Juliana Evans Bersama Tengku Shariffuddin Shah

Berita, Personaliti

Perkahwinan Magikal Che Puan Juliana Evans Bersama Tengku Shariffuddin Shah

1205
1 of 11
Use your ← → (arrow) keys to browse

Enam bulan sudah berlalu semenjak pelakonan menawan Che Puan Juliana Evans dan suaminya Y.A.M Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah mengikat hubungan sah sebagai pasangan suami dan isteri dengan acara penuh istiadat, Sabtu yang lalu mereka telah mengadakan satu lagi majlis resepsi yang elegan dan ringkas di tepi pantai Langkawi.

 

Foto Instagram/julianaevans

Memilih The Andaman Resort sebagai lokasi untuk melangsungkan majlis istimewa ini dengan latar belakang Laut Andaman membuatkan segalanya perihal majlis ini lebih magikal sehingga menggamit perasaan ramai yang memuji pilihan pasangan mempelai.

 

Juliana yang kelihatan anggun dalam busana serba putih rekaan Cosry telah dipadankan dengan sut lengkap berona biru navy yang dikenakan oleh Tengku Shariffuddin Shah.

 

Majlis tertutup itu telah dihadiri oleh keluarga terdekat dan juga teman-teman rapat kedua-dua belah pihak.

 

Turut menyentuh hari netizen adalah kapsyen Juliana menerusi foto yang dikongsikannya di Instagram menunjukkan bapanya, Johari Evans, membimbing anak gadisnya melalui laluan dengan taburan bunga sambil disaksikan mereka yang menyayangi Juliana dan suaminya.

 

Lihat beberapa foto penuh emosi daripada perkahwinan Che Puan Juliana Evans dan Y.A.M Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah.

Your email address will not be published. Required fields are marked *