Perdana Menteri Justin Trudeau Menyeru Penglibatan Lelaki Sempena IWD - Glam Malaysia

Perdana Menteri Justin Trudeau Menyeru Penglibatan Lelaki Sempena IWD

Foto: Canadian Press/REX/Shutterstock

Selaku Perdana Menteri ke-23 Kanada dan juga seorang feminist, Justin Trudeau telah berkongsi sebuah video di akaun Twitter rasminya bersempena International Women’s Day.

 

Sebelum ini PM Trudeau telah menarik perhatian feminist sedunia semasa beliau melantik wanita untuk 50% daripada kabinet beliau dan sebab beliau: “because it’s 2015.”

 


 

Foto: Canadian Press/REX/Shutterstock

Dalam video tersebut PM Trudeau mengingatkan kepada mereka yang sedang menyaksikan video tersebut mengenai diskriminasi dan ketidakadilan  yang dihadapi oleh golongan wanita.

 

PM Trudeau juga menyatakan bahawa belia dan isteri, Sophie Grégoire, mendidik ketiga-tiga anak mereka untuk percaya yang dunia yang sama rata adalah dunia yang lebih baik dan berkuasa.

 

Foto: Canadian Press/REX/Shutterstock

Beliau juga berjumpa dengan COO Facebook Sheryl Sandberg untuk membincangkan kemajuan dalam perjuangan untuk kesamarataan jantina dan dia juga menekankan kepentingan penglibatan golongan lelaki dalam usaha ini.

See also
Neelofa Bakal Menyertai Victoria's Secret Fashion Show 2017!

 

“Pesana saya kepada golongan lelaki adalah hak wanita adalah hak semua orang. Kita tahu bahawa masyarakat adalah lebih baik — lebih makmur, lebih stabil, lebih aman, lebih bersatu — apabila hak wanita dihormati, dan apabila wanita dihargai, berkuasa dan diberi peluang untuk menjadi peneraju dalam komuniti kita,” seru PM Trudeau.

 

Well what do you have to say to this call, men?