Perceraian Pengasas Amazon Merupakan Perceraian Paling Mahal Di Dunia - GLAM Malaysia

Perceraian Pengasas Amazon Merupakan Perceraian Paling Mahal Di Dunia

Pasangan paling kaya di dunia, Jeff Bezos dan MacKenzie Bezos (née Tuttle) nampaknya bakal memecah rekod dunia dengan perceraian mereka.

 

Gambar Danny Moloshok/File Photo

Ikutan skandal yang menjadi tular, Jeff mengumumkan di Twitter bahawa dia dan MacKenzie bakal bercerai selepas 25 tahun bersama dan dikurniakan empat cahaya mata. Menurut Forbes, nilai kasar pasaran Amazon dilaporkan bernilai $784 bilion dan Jeff memegang 16% daripada saham syarikat tersebut. Ditambah dengan asetnya yang lain Jeff Bezos bernilai sebanyak $137 bilion.

 

Perceraian ini bakal mengubah segalanya buat pasangan ini lebih-lebih lagi Jeff sebagai pemegang saham terbesar Amazon. Pasangan ini menetap di Washington State yang mengamalkan rejim community property di mana segala aset yang diperoleh sepanjang perkahwinan mereka harus dibahagi sama rata dalam proses perceraian.

 

Jika mengikut prosedur, MacKenzie bakal memperoleh 8% daripada saham Jeff di Amazon. Seorang novelis graduan Princeton, MacKenzie merupakan seorang wanita yang bijak dan penuh kelas. Dipuji oleh profesornya di Princeton sebagai “really one of the best,” Jeff bertemu dengan MacKenzie buat pertama kalinya sewaktu dia hadir untuk sesi temu bual bersama Jeff. MacKenzie berusia 23 tahun apabila dia dan Jeff melamarnya tiga bulan selepas mereka mula menjalinkan hubungan.

See also
Ibu Justin Bieber Membidas Kenyataan Keluarga Selena Gomez