Chrissy Teigen Berkongsikan Berita Gembiranya Bersama John Legend

Pengumuman Terbesar Chrissy Teigen Dan John Legend

Diangkat sebagai Queen of Twitter oleh penggemar media sosial tersebut, Chrissy Teigen kali ini telah memilih untuk berkongsikan berita gembiranya bersama John Legend di Instagram. Chrissy dan John kini sedang menantikan kelahiran cahaya mata kedua mereka. Well actually anak sulung mereka, Luna Simone Stephens, yang mendedahkan berita gembira tersebut melalui satu klip video di Instagram yang dikongsikan oleh Chrissy.

 

Foto Chris Pizzello/Invision/AP

Dalam klip tersebut boleh dilihat Luna sedang berehat bersama Chrissy dan apabila dia memandng ke arah perut ibunya dia terus bertanya kepada Luna “Luna, apa ada dalam ini?”

Lantas dijawab Luna “Baby!”

 

Chrissy kemudiannya menambah kapsyen “It’s John’s!” untuk mengesahkan yang dia hamil dengan anak John. Okay, Chrissy, we get it.

 

Foto Neil Mockford/GC Images

Kedua-dua Chrissy dan John memang sudah lama berhasrat untuk membesarkan keluarga mereka lagi selepas kelahiran Luna malah mereka juga mencuba teknik IVF untuk memastikan kelancaran dan peluang yang tinggi untuk Chrissy hamil.

See also
First Lady Melania Trump Memberi Amaran Kepada Bekas Isteri Presiden Trump

 

John dan Chrissy menjalinkan hubungan sejak tahun 2007 dan berkahwin pada tahun 2013. Diikuti dengan kelahiran Luna tiga tahun kemudiannya.

 

it's john's!

A post shared by chrissy teigen (@chrissyteigen) on